Kumin KU2: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Infobox person |name = Kumin Ku2 |image = |image_size = |caption = |birth_name = Khuzami Bin Ismail |birth_date = 1971 |birth_pl...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 15:59, 3 September 2020

Khuzami Bin Ismail (1971 - 3 September 2020)atau lebih dikenali sebagai Kumin Ku2 merupakan seorang pelakon, pelawak dan penyanyi Malaysia. Nama beliau terlebih dahulu pernah dikenali menerusi Kumpulan KU2 yang ketika itu ditubuhkan pada 1995 sebelum beralih sebagai pelakon dan pelawak terkenal dalam hiburan dunia seni.

Kumin Ku2
Kelahiran
Khuzami Bin Ismail

1971
Negeri Sembilan
Meninggal dunia3 September 2020
Taman Lembah Maju, Ampang
Sebab kematianSesak nafas, angin pasang, obesiti dan air berlebihan dalam badan
DikebumikanSeri Menanti, Negeri Sembilan
PekerjaanPelakon, pelawak dan penyanyi
Tahun aktif1995–2020

Diskografi

Album bersama KU2
  • Motivasi (1996)
  • Evolusi (1997)
  • Album Baru Aku! (1999)
  • The Best Of KU2 (2001)


Kesihatan

Pada bulaan Julai 2020, beliau dibenarkan keluar dari hospital selepas mengalami sesak nafas, angin pasang dan air berlebihan dalam badan.

Kematian

Pada 3 September 2020, beliau meninggal dunia di rumahnya di Taman Lembah Maju, Ampang pada usia 49 tahun sekitar pukul 12.30 tengah hari. Berita pemergian Kumin disahkan oleh rakannya, Yank Kassim yang menerima panggilan daripada isteri Allahyarham. Isteri arwah memberitahu, dia keluar membeli barang di kedai pagi tadi. Sekembalinya ke rumah, dia mendapati Kumin terbaring di lantai dengan wajah kebiru-biruan.[1]

Rujukan

  1. ^ Sinar Harian Dicapai pada 3 September 2020 Pelawak Kumin KU2 meninggal dunia pada usia 49 tahun

Pautan luar