Perbezaan antara semakan "Habsyah"

16 bait ditambah ,  1 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
}}
 
'''Habsyah''' ([hab-.syah], dari bahasa Arab: الحبشة) atau '''Ethiopia''' [i-.ti-.yo-.pi-.ya] merupakan sebuah negara yang terletak di kawasan [[Tanduk Afrika]] dan tergolong dalam negara-negara tertua di dunia. Kawasan Ethiopia juga merupakan antara tapak tamadun yang terawal di dunia. Kerajaan Ethiopa pertama dibentuk sekitar tahun 980 S.M. dan menerima agama [[Kristian]] pada abad ke-4 M. Kini, Ethiopia merupakan negara berbentuk republik dan mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti-aktiviti kerjasama antarabangsa. Ibu negaranya, [[Addis Ababa]] merupakan pusat pentadbiran [[Kesatuan Afrika]] (AU).
 
== Nama ==
== Sejarah==
=== Pada zaman nabi Muhammad ===
Semasa [[Nabi Muhammad]] {{saw}} masih berada di [[Makkah]], baginda mengarahkan penganut [[Muslim|Islam]] untuk menyeberangi [[Laut Merah]] pergi ke Habsyah / Abyssinia. Habesha ialah suku kaum yang tinggal di Ethiopia. Ketika itu rajanya bernama [[Ashamah bin Abjar|Najasyi]] beragama [[Kristian]]. Mereka menyeberang mungkin menggunakan sampan menuju ke lokasi bernama Negash, selatan Ethiopia. Sahabat nabi [[Bilal bin Rabah]] berkulit hitam berasal daripada Habsyah. Bilal disiksadiseksa oleh majikannya [[Umaiyyah bin Khalaf]].
 
Isteri Nabi [[Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a|Saudah]] pernah pergi ke Habsyah bersama suami pertamanya.
 
Melalui al Najashi, Nabi Muhammad {{saw}} melamar [[Isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w.|Ummu Habibah]]. Upacara perkahwinan dilakukan oleh Khalid bin Said al-As dengan mas kahwin 400 [[dirham,]] dibayar oleh al Najashi bagi pihak Nabi.
 
===Zaman Empayar===