Dirham: Perbezaan antara semakan

unit mata wang untuk beberapa negara Arab dan Islam
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Asas rencana
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 11:42, 6 September 2020

Dirham (Arab: درهم, bahasa Amazigh: ⴰⴷⵔⵉⵎ adreem) ialah unit matawang yang digunakan di seberapa negara, khususnya negara-negara Arab.

Dirham perak zaman Khalifah Umar ibni Abd al-Aziz

Nama unit ini datang daripada drakhma, suatu unit timbangan perak dan mata wang yang pernah wujud zaman Yunani Purba.[1][2] Sukatan ini pula datang daripada perkataan bahasa Yunani δράσσομαι drássomai "saya genggam" (I grasp) atau lebih tepat lagi "segenggam" (As much as one can hold in the hand);[2][3] yakni segenggam batang-batang tembaga atau perak bernilai iaitu obolos.

Sebagai matawang

 
Negara-negara ditandakan yang masih menggunakan dirham:
Kawasan bertanda merah - dirham sebagai nilai utama
Kawasan bertanda hijau - dirham sebagai nilai kecil

Terdapat sebilangan negara yang masih menggunakan unit ini sebagai matawang semasa, hampir semuanya dalam Liga Arab. Unit ini dipergunakan baik sebagai nilai utama yang besar mahupun nilai bahagian kecil dalam bentuk duit syiling sepertimana sen.

Ada tiga unit besar yang bernama "dirham" iaitu:

Dirham sebagai suatu unit kecil bahagian suatu unit besar pula dipakai matawang berikut:

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Oxford English Dictionary, 1st edition, s.v. 'dirhem'
  2. ^ a b Liddell, Henry George; Scott, Robert. δραχμή. A Greek–English Lexicon. Perseus Project.
  3. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert. δράσσομαι. A Greek–English Lexicon. Perseus Project.

Pautan luar