Wee Kim Wee: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Dekoelie (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 7:
 
==Kehidupan Awal==
Dilahirkan pada 4 November 1915 di Singapura, Dr Wee menerima pendidikan awal di [[Pearl's Hill School]]. Pada Januari 1930 sewaktu berumur 15 tahun, beliau meninggalkan Raffles Institution setelah dua tahun untuk bekerja di syarikat akhbar ''Straits Times'' sebagai sebuahseorang kerani. Lapan bulan sebelum tercetusnya Perang Pasifik (1941), beliau meletak jawatan dari Straits Times dan menyertai United Press Association, sebuah agensi berita milik Amerita Syarikat yang menubuhkan pejabatnya di Singapura untuk kali pertama.
 
Semasa [[Jepun]] menyerang Tanah Melayu dan Singapura, beliau telah berkhidmat dalam ARP (''air raid precautions''). Semasa pendudukan Jepun ke atas Singapura, beliau berkhidmat sebagai seorang kerani di pejabat-pejabat milik tentera Jepun. Selepas tamat perang, beliau menjadi penyelia and juruwang sebuah kantin yang memberi khidmat katering kepada pelaut-pelaut Asia yang berkhidmat dalam kapal-kapal perdagangan Jepun.