Bunga karang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
Teg: Suntingan sumber 2017
KLITE789 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg: Suntingan sumber 2017
Baris 2:
| color = pink
| image = Aplysina archeri (Stove-pipe Sponge-pink variation).jpg
| image_caption =A [[Aplysina archeri|stove-pipe sponge]]
| image_width = 250px
| name = Span
Baris 22:
[[File:Reef3859 - Flickr - NOAA Photo Library.jpg|thumb|400px|right| [[Biodiversiti]] span dan [[morfotip]]nya di bibir tapak dinding dalam 60 kaki air. Yang termasuk antaranya adalah span tiub kuning, ''[[Aplysina fistularis]]'', span pasu ungu, ''[[Niphates digitalis]]'', span berkerak merah, ''[[Spiratrella coccinea]]'', dan the span tali kelabu, ''[[Callyspongia]]'' sp.]]
 
Span adalah sama dengan haiwan lain kerana mereka bersifat [[multisel]], [[heterotrof]], [[kekurangan dinding sel]] dan menghasilkan sel [[sperma]]. Tidak seperti haiwan lain, mereka tidak mempunyai [[tisu]] dan [[organ]] yang nyata, serta tidak mempunyai [[simetri badan]]. Bentuk badan mereka telah diadaptasikan untuk mempunyai keberkesanan pengaliran air secara maksimum melalui ringga tengah, tempat ia mendeposit nutrisi, dan dikeluarkan melalui satu lubang dipanggil [[oskulum]]. Banyak span mempunyai rangka dalaman spon dan/atau spikul [[kalsium karbonat]] atau [[silikon dioksida]]. Semua span adalah haiwan akuatik yang [[sesil]]. Walaupun terdapat spesies air tawar, tetapi majority span adalah spesies marin (air masin), meliputi zon pasang surut sehingga ke kedalaman yang melebihi {{convert|8800|m|mi|abbr=on}}.
 
Sementara sebahagian besar kira-kira 5,000-10,000 spesies yang dikenali memakan [[bakteria]] dan butiran makanan yang lain di dalam air, beberapa species pula menjadi perumah kepada mikroorganisma [[fotosintesis|berfotosintesis]] yang berperanan dalam [[endosimbiosis]]. Pakatan tersebut selalunya menghasilkan makan dan oksigen yang berlebihan daripada keperluan mereka. Sesetengah spesies span yang hidup dalam persekitaran yang kkurang makanan pula berubah menjadi [[karnivor]] yang selalu memakan [[krustasea]] yang kecil. <ref>{{cite journal|doi=10.1007/s00435-004-0100-0|author=J. Vacelet and E. Duport|title=Prey capture and digestion in the carnivorous sponge ''Asbestopluma hypogea'' (Porifera: Demospongiae)|year=2004|journal=[[Zoomorphology]]|volume=123|issue=4|page=179}}</ref>
Baris 61:
{{anchor|Ostium (span)}}
{{Annotated image/Porifera cell types}}
Tubuh badan span berlubang-lubang dan dibentuk oleh [[mesohil]], iaitu bahan seakan jeli yang terhasil khususnya daripada [[kolagen]] dan diperkukuh oleh jaringan padat serat yang juga diperbuat daripada kolagen. Permukaan dalamnya disaluti [[koanosit]], iaitu sel-sel dengan kolar silinder atau kon yang mengelilingi satu [[flagelum]] setiap koanosit. Pergerakan flagelum berupa cemeti yang beralun-alun mendorong air melalui tubuh span. Semua span mempunyai '''ostium''' (jamak: ostia), iaitu salur-salur yang menuju ke dalam tubuh melalui mesohil. Dalam kebanyakan span, ostium ini dikawal oleh sel-sel [[porosit]] seakan tiub yang membentuk injap masukan yang bertutup. Sel-sel [[pinakosit]] seakan ceper pula membentuk kulit luar berlapis satu di seluruh mesohil yang belum disaluti koanosit. Sel pinakosit juga mencerna zarah-zarah makanan yang terlalu besar untuk memasuki ostiaostium,<ref name="RuppertBarnes2004Porifera"/><ref name="Bergquist2001PoriferaInAnderson"/> lebih-lebih lagi yang ada di tapak kaki span pula memasangkan span pada permukaan.<ref name="Bergquist2001PoriferaInAnderson"/>
 
Di dalam mesohil juga terdapat lain-lain jenis sel seperti berikut:<ref name="RuppertBarnes2004Porifera"/><ref name="Bergquist2001PoriferaInAnderson"/>
Baris 72:
*[[Miosit]] ("sel otot"): mengalirkan isyarat dan menyebabkan anggota badan mengendur.
*"Sel kelabu": bertindak sebagai [[sistem imun]].
*[[Arkeosit]] (atau [[amebosit]]): sel-sel seakan [[ameba]] yang [[totipoten]], iaitu mampu berubah bentuk menjadi mana-mana jenis sel yang lain. Juga memainkan peranan penting dalam pemakanan dan pembersihan kotoran yang menyumbat ostiaostium.
 
Kebanyakan larva span mempunyai [[mata]] tanpa neuron yang berasaskan [[kriptokrom]], membantu kelakuan [[fototaksis]].<ref>{{cite journal | vauthors = Rivera AS, Ozturk N, Fahey B, Plachetzki DC, Degnan BM, Sancar A, Oakley TH | title = Blue-light-receptive cryptochrome is expressed in a sponge eye lacking neurons and opsin | journal = The Journal of Experimental Biology | volume = 215 | issue = Pt 8 | pages = 1278–86 | date = April 2012 | pmid = 22442365 | pmc = 3309880 | doi = 10.1242/jeb.067140 }}</ref>
Baris 85:
===Aliran air dan struktur badan===
{{Annotated image/Porifera body structures}}
Kebanyakan span bertindak seperti [[serombong]], iaitu menyedut air di bawah lalu melepaskan air dari [[oskulum]] ("mulut kecil") di atas. Memandangkan arus sekitar lebih cepat di atas, kesan sedutan yang dihasilkan melalui [[prinsip Bernoulli]] sedikit sebanyak memudahkan tindakan. Span boleh mengawal aliran air dengan pelbagai kombinasi menutup sesetengah atau seluruh oskulum dan ostiaostium sambil mengubah-ubah irama flagelum, malah boleh tutup teurs jika terdapat banyak air atau kelodak dalam air.<ref name="RuppertBarnes2004Porifera"/>
 
Walaupun lapisan [[pinakosit]] dan [[koanosit]] menyerupai [[epitelium]] dalam haiwan-haiwan yang lebih kompleks, namun ia tidak terikat ketat kepada sambungan sesama sel mahupun lamina basal (helaian serat nipis di bawah span). Keanjalan lapisan-lapisan ini serta pemodelan semula mesohil oleh sel lofosit membolehkan span untuk melaraskan bentuknya sepanjang hayat untuk memanfaatkan arus air setempat dengan sepenuhnya.{{sfn|Ruppert|Fox|Barnes|2004|p=83}}
 
Struktur badan span yang paling ringkas ialah bentuk tiub atau pasu yang dikenali sebagai "askonoid", tetapi ini amat mengehadkan tumbesaran haiwan. Struktur badan bercirikan spongoselom seakan tangkal yang diselaputi oleh satu lapisan koanosit. Jika sekadar dibesarkan, maka nisbah isipadu span kepada keluasan permukaan meningkat kerana permukaan meningkat sebagai kuasa dua panjang atau lebar sedangkan isipadu meningkat setimpal pada kuasa tiga. Jumlah tisu yang memerlukan makanan dan [[oksigen]] ditentukan oleh isipadu, tetapi muatan mengepam yang membekalkan makanan dan oksigen itu bergantung pada keluasan litupan koanosit. Span askonoid jarang menjangkau diameter satu &nbsp;milimeter.<ref name="RuppertBarnes2004Porifera"/>
 
{{Plain image with caption|Sea sponge diagram.svg|Diagram of a syconoid sponge|250px|left}}
 
Sesetengah span mengatasi kekangan ini dengan menggunakan struktur "sikonoid", di mana dinding badannya [[lisu|berlisu-lisu]]. Lompang-lompang dalam lisu-lisu itu bersalut koanosit yang disambungkan dengan lompang-lompang luar lisu oleh ostiaostium. Peningkatan jumlah koanosit meningkatkan muatan mengepam, justeru membolehkan span sikonoid untuk berkembang diameter sebanyak beberapa sentimeter.
 
{{anchor|leukonoid}}Corak "leukonoid" meningkatkan lagi keupayaan mengepam dengan mengisi dalaman hampir penuh dengan mesohil yang mengandungi rangkaian kebuk-kebuk bersalut koanosit dan disambungkan dengan satu sama lain dan tempat masuk dan keluar air oleh tiub-tiub. Span leukonoid tumbuh sehingga diameter satu meter, bahkan pertumbuhan ke mana-mana arah meningkatkan bilangan kebuk koanosit, membolehkan span untuk mencapai banyak lagi ragam dan bentuk. Contohnya, span "menjadi kerak" yang bentuknya mengikut permukaan yang didudukinya. Semua span air tawar, dan kebanyakan span laut air cetek, mempunyai badan leukonoid. Rangkaian salur air dalam [[span kaca]] serupa dengan struktur leukonoid.<ref name="RuppertBarnes2004Porifera"/>
 
Dalam ketiga-tiga jenis struktur, keratan rentas bagi bahagian bersalut koanosit adalah lebih luas daripada salur masuk dan keluar. Oleh yang demikian, aliran air lebih perlahan berdekatan koanosit, memudahkan span untuk menangkap zarah makanan.<ref name="RuppertBarnes2004Porifera"/> Contohnya, dalam ''[[Leuconia]]'', iaitu span leukonoid kecil setinggi 10 &nbsp;sentimeter dan diameter satu &nbsp;sentimeter, air memasuki lebih 80,000 saluran masuk selaju 6&nbsp;cm ''seminit''. AKan tetapi, oleh sebab ''Leuconia'' mempunyai lebih daripada 2&nbsp;juta kebuk berflagelum yang jumlah diameternya lebih besar daripada salur-salur, maka aliran air melalui kebuk memperlahan kepada 3.6&nbsp;cm ''sejam'', memudahkan koanosit untuk menangkap makanan. Semua air dilepaskan melalui satu [[oskulum]] selaju 8.5&nbsp;cm ''sesaat'', cukup laju untuk mengangkut bahan kumuh sejauh-jauh mungkin.<ref>{{cite book| vauthors = Hickman CP, Roberts LS, Larson A |year=2001|title=Integrated Principles of Zoology|edition=11th|publisher=[[McGraw-Hill]]|location=New York|isbn=978-0-07-290961-6|page=247}}</ref>
 
{{Annotated image|float=right|caption=Span dengan rangka kalsium karbonat<ref name="RuppertBarnes2004Porifera"/>
Baris 116:
Sesetengah span juga merembeskan [[rangka luar]] yang terletak di luar komponen-komponen organiknya sepenuhnya. Contohnya, [[sklerospan]] ("span keras") mempunyai rangka luar kalsium karbonat yang berleluasa di mana jirim organik membentuk lapisan nipis dengan kebuk-kebuk [[koanosit]] dalam lekuk-lekuk mineral. Rangka luar ini dirembeskan oleh sel-sel [[pinakosit]] yang membentuk kulit span.<ref name="RuppertBarnes2004Porifera"/>
{{Clear}}
 
==Fungsi kehidupan==
[[File:Spongia officinalis.jpg|thumb|right|''[[Spongia officinalis]]'' atau "span dapur", berwarna kelabu tua apabila bernyawa.]]
 
===Pergerakan===
Span dewasa pada pokoknya merupakan haiwan [[sesil]], tetapi sesetengah spesies mampu berjalan merenta tebing selaju 4&nbsp;milimeter sehari kerana didorong oleh [[pinakosit]] dan sel-sel lain yang bergerak seakan [[ameba]]. Terdapat beberapa spesies yang boleh mengendurkan seluruh badan, malah banyak lagi yang boleh menutup [[oskulum]] dan [[ostium]]. Span muda hanyut atau bebas berenang, sementara dewasa pegun.<ref name="RuppertBarnes2004Porifera"/>
 
===Pernafasan, pemakanan, dan perkumuhan===
[[File:Venus Flower Basket.jpg|thumb|right|''[[Euplectella aspergillum]]'', sejenis [[span kaca]].]]
 
Span tidak mempunyai sistem [[peredaran]], [[pernafasan]], [[penghadaman]], dan [[perkumuhan]] yang ketara, kerana kesemua fungsi tersebut disokong oleh sistem aliran air dalam span. Span [[Pemakanan turas|menuas]] zarah-zarah makanan daripada air yang mengalir melalui badannya. Zarah yang melebihi 50&nbsp;mikrometer&nbsp;(μm) tidak boleh memasuki [[ostium]], sebaliknya disedut oleh sel-sel [[pinakosit]] melalui proses [[fagositosis]] (menelan dan mencerna di dalam). Zarah-zarah dari 0.5&nbsp;μm hingga 50&nbsp;μm terperangkap dalam ostium yang meruncing dari hujung luar ke hujung dalam. Zarah-zarah ini dimakan oleh atau [[arkeosit]] yang terpicit keluar melalui dinding ostium. Zarah bersaiz bakteria bawa 0.5&nbsp;mikrometer melalui ostium lalu ditangkap dan dimakan oleh [[koanosit]].<ref name="RuppertBarnes2004Porifera"/> Zarah-zarah terkecil adalah yang paling umum, maka biasanya koanosit menangkap 80% daripada bekalan makanan span.<ref name="Bergquist2001InEncOfLifeSci">{{cite book|contribution=Porifera (Sponges)| vauthors = Bergquist PR |title=Encyclopedia of Life Sciences|year=2001|publisher= John Wiley & Sons, Ltd.|doi=10.1038/npg.els.0001582|isbn=978-0470016176}}</ref> Arkeosit mengangkut makanan yang dibungkus dalam [[Vesikel (biologi)|vesikel]] dari sel-sel yang menghadam makanan secara langsung kepada sel-sel yang tidak. Sekurang-kurangnya satu spesies span mempunyai serat dalaman yang bertindak sebagai laluan-laluan kegunaan arkeosit yang mengangkut nutrien,<ref name="RuppertBarnes2004Porifera"/> dan laluan-laluan ini juga mengalihkan objek lengai.<ref name="Bergquist2001PoriferaInAnderson"/>
 
Pernah disangka bahawa [[span kaca]] boleh hidup dengan nutrien-nutrien yang terlarut dalam air laut dan amat pantang dengan kelodak.<ref name="Krautter1998EcologyOfSiliceousSponges">{{cite journal| vauthors = Krautter M |title=Ecology of siliceous sponges: Application to the environmental interpretation of the Upper Jurassic sponge facies (Oxfordian) from Spain |journal=[[Journal of Iberian Geology|Cuadernos de Geología Ibérica]] |pages=223–239 |year=1998 |volume=24 |url=http://www.ucm.es/BUCM/revistas/geo/16986180/articulos/JIGE9898110223A.PDF |archive-url=https://web.archive.org/web/20090319205858/http://www.ucm.es/BUCM/revistas/geo/16986180/articulos/JIGE9898110223A.PDF |archive-date=March 19, 2009 |access-date=2008-10-10 |url-status=dead }}</ref> Bagaimanapun, sebuah kajian pada tahun 2007 tidak menemui sebarang bukti untuk sangkaan itu, dengan kesimpulan bahawa span kaca mengeluarkan bakteria dan lain-lain mikroorganisma dari air dengan sangat efisien (kira-kira 79%) dan memproses biji-bijian endapan terampai untuk mengeluarkan mangsa berkenaan.<ref>{{cite journal|doi=10.4319/lo.2007.52.1.0428| vauthors = Yahel G, Whitney F, Reiswig HM, Eerkes-Medrano DI, Leys SP |year=2007|title=In situ feeding and metabolism of glass sponges (Hexactinellida, Porifera) studied in a deep temperate fjord with a remotely operated submersible|journal=[[Limnology and Oceanography]]|volume=52|issue=1|pages=428–440|citeseerx=10.1.1.597.9627|bibcode=2007LimOc..52..428Y}}</ref> Jasad kolar menghadam lalu mengedarkan makanan secara dibungkus dalam vesikel yang diangkut oleh molekul "motor" [[dynein]] sepanjang berkas-berkas [[microtubul]] yang menganjur sepanjang [[sinsitium]].<ref name="RuppertBarnes2004Porifera"/>
 
Sel-sel span menyerap oksigen secara [[resapan]] dari air yang mengalir melalui badan ke dalam sel, sementara [[karbon dioksida]] and lain-lain bahan kumuhan boleh larut seperti [[ammonia]] juga meresap ke dalam air. Arkeosit menanggalkan zarah-zarah mineral yang boleh menyumbat ostium, mengangkut zarah-zarah tersebut melalui mesofil dan (pada umumnya) melupuskan zarah-zarah ke dalam arus air keluar, tetapi ada sesetengah spesies yang menerapkan zarah-zarah kumuhan ke dalam rangka.<ref name="RuppertBarnes2004Porifera"/>
 
===Span maging===
[[File:Chondrocladia lampadiglobus.jpg|thumb|Span maging ''[[Chondrocladia|Chondrocladia lampadiglobus]]'' <ref>{{Cite journal |doi = 10.1371/journal.pone.0035105|title = Global Diversity of Sponges (Porifera)|year = 2012|last1 = Van Soest|first1 = Rob W. M.|last2 = Boury-Esnault|first2 = Nicole|last3 = Vacelet|first3 = Jean|last4 = Dohrmann|first4 = Martin|last5 = Erpenbeck|first5 = Dirk|last6 = De Voogd|first6 = Nicole J.|last7 = Santodomingo|first7 = Nadiezhda|last8 = Vanhoorne|first8 = Bart|last9 = Kelly|first9 = Michelle|last10 = Hooper|first10 = John N. A.|journal = PLOS One|volume = 7|issue = 4|pages = e35105|pmid = 22558119|pmc = 3338747|bibcode = 2012PLoSO...735105V}}</ref>]]
 
Terdapat beberapa spesies yang hidup di perairan yang teramat kurang zarah makanan dan oleh itu menjadikan [[krustasea]] dan haiwan-haiwan kecil lain sebagai manga. Setakat ini, hanya 137 spesies sedemikian telah ditemui.<ref>{{cite news|date=April 19, 2014 |url=http://www.cbc.ca/news/canada/british-columbia/4-new-species-of-killer-sponges-discovered-off-pacific-coast-1.2615509 |title=4 new species of 'killer' sponges discovered off Pacific coast |work=[[CBC News]] |access-date=2014-09-04 |url-status=live |archive-url=https://web.archive.org/web/20140419143139/http://www.cbc.ca/news/canada/british-columbia/4-new-species-of-killer-sponges-discovered-off-pacific-coast-1.2615509 |archive-date=April 19, 2014 }}</ref> Kebanyakannya tergolong dalam [[Keluarga (biologi)|keluarga]] [[Cladorhizidae]], tetapi ada juga yang tergolong dalam [[Guitarridae]] dan [[Esperiopsidae]].<ref name="Vacelet2008NewGenusOfCarnivorousSpongesLollipocladia"/> Kebanyakannya tidak diketahui dengan jelas bagaimana ia menangkap mangsa, tetapi ada yang disangka menggunakan bebenang melekit atau [[Spikul span|spikul]] bercangkuk.<ref name="Vacelet2008NewGenusOfCarnivorousSpongesLollipocladia"/><ref>{{cite journal| vauthors = Watling L |title=Predation on copepods by an Alaskan cladorhizid sponge|journal=[[Journal of the Marine Biological Association of the United Kingdom]]|year= 2007|volume=87|pages=1721–1726|doi=10.1017/S0025315407058560|issue=6}}</ref> Kebanyakan span maging tinggal dalam perairan dalam sedalam 8840&nbsp;m,<ref name="VaceletBouryEsnault1995CarnivorousSponges">{{cite journal| vauthors = Vacelet J, Boury-Esnault N |title=Carnivorous sponges|journal=Nature|volume=373|pages=333–335|year=1995|doi=10.1038/373333a0|issue=6512|bibcode=1995Natur.373..333V}}</ref> malah dijangka banyak lagi span sedemikian akan ditemui seiring dengan perkembangan teknik-teknik penjelajahan lautan dalam.<ref name="RuppertBarnes2004Porifera"/><ref name="Vacelet2008NewGenusOfCarnivorousSpongesLollipocladia">{{cite journal| vauthors = Vacelet J |title=A new genus of carnivorous sponges (Porifera: Poecilosclerida, Cladorhizidae) from the deep N-E Pacific, and remarks on the genus ''Neocladia''|journal=[[Zootaxa]]|url=http://www.mapress.com/zootaxa/2008/f/z01752p065f.pdf|volume=1752|pages=57–65|year=2008|access-date=2008-10-31|doi=10.11646/zootaxa.1752.1.3}}</ref> Akan tetapi, satu spesies ditemui di gua-gua [[Mediterranean]] pada kedalaman 17-23&nbsp;m, di samping span yang [[Pemakanan turas|makan turas]]. Pemangsa yang menghuni gua ini menggunakan benang-benang halus untuk memerangkap krustasea di bawah 1&nbsp;mm lalu menghadam selama beberapa hari, kemudian kembali ke bentuk asal; tiada bukti penggunaan [[bisa]].<ref name="VaceletBouryEsnault1995CarnivorousSponges"/>
 
Kebanyakan span maging yang diketahui sudah tiada sistem aliran air dan [[koanosit]], tetapi [[genus]] ''[[Chondrocladia]]'' menggunakan sistem aliran air yang diubahsuai lengkap untuk mengembangkan struktur-struktur seakan belon yang digunakan untuk menangkap masa.<ref name="Vacelet2008NewGenusOfCarnivorousSpongesLollipocladia"/><ref name="VaceletKelly2008carnivorousSpongesEarlyJurassic">{{cite journal| vauthors = Vacelet J, Kelly M |title=New species from the deep Pacific suggest that carnivorous sponges date back to the Early Jurassic|journal=Nature Precedings|year=2008|doi= 10.1038/npre.2008.2327.1|doi-access=free}}</ref>
 
===Endosimbiosis===
Span air tawar sering menerima masuk [[alga hijau]] sebagai agen [[endosimbiosis|endosimbion]] di dalam [[arkeosit]] dan sel-sel lain untuk memanfaatkan nutrien yang dihasilkan oleh alga. Kebanyakan spesies marin menumpangkan organisme ber[[fotosintesis]] yang lain, khususnya [[Cyanobacteria|sianobakteria]] tetapi ada kalanya [[Dinoflagellata|dinoflagelat]]. Sianobakteria simbiotik mungkin membentuk satu pertiga daripada jumlah jisim tisu hidup dalam sesetengah span, malah sesetengah span memperoleh 48% hingga 80% bekalan tenaga daripada mikroorganisma ini.<ref name="RuppertBarnes2004Porifera"/> Pada tahun 2008, sekumpulan penyelidik dari [[Universiti Stuttgart]] melaporkan bahawa spikul-spikul yang diperbuat daripada [[silika]] mengalirkan cahaya ke dalam [[mesohil]], di mana hidupnya endosimbion yang berfotosintesis.<ref>{{cite journal | vauthors = Brümmer F, Pfannkuchen M, Baltz A, Hauser T, Thiel V | title = Light inside sponges | journal = [[Journal of Experimental Marine Biology and Ecology]] | volume = 367 | issue = 2 | pages = 61–64 | doi = 10.1016/j.jembe.2008.06.036 | year = 2008 | lay-url = http://news.bbc.co.uk/2/hi/science/nature/7720836.stm | lay-source = [[BBC News]]}}</ref> Span yang menumpangkan organisme berfotosintesis paling umum didapati dalam perairan yang kurang bekalan zarah makanan, dan selalunya mempunyai bentuk seakan daun untuk memaksimumkan jumlah penerimaan cahaya matahari.<ref name="Bergquist2001PoriferaInAnderson"/>
 
===Sistem "imun"===
Span tidak mempunyai [[sistem imun]] kompleks yang terdapat pada kebanyakan haiwan lain. Bagaimanapun, ia menerima cantuman anggota (''grafting'') dari ahli sama spesies sedangkan yang berlainan spesies pula ditolak. Bagi segelintir spesies marin, sel-sel kelabu memainkan peranan utama dalam penolakan bahan asing. Apabila berdepan dengan pencerobohan dari organisme luar, sel-sel tersebut menghasilkan bahan kimia yang menghentikan pergerakan sel-sel lain di bahagian yang terjejas untuk menghalang penceroboh daripada menggunakan sistem pengangkutan dalaman span. Jika pencerobohan sukar dipatahkan, sel-sel kelabu akan bertumpu di bahagian berkenaan dan melepaskan toksin-toksin yang membunuh semua sel di situ. Sistem "imun" ini boleh kekal begitu aktif sehingga tiga minggu.<ref name="Bergquist2001PoriferaInAnderson"/>
 
===Pembiakan===
 
====Aseksual====
[[File:Spongilla lacustris.jpg| thumb|right|Span air tawar ''[[Spongilla lacustris]]'']]
Span mempunyai tiga kaedah [[pembiakan aseksual]], iaitu: berpecah, [[bertunas]], dan menghasilkan [[gemul]].
 
Span ditimpa arus atau ombak air yang cukup kuat untuk menanggalkan pecahan span dari badan. Pecahan span ini menggunakan mobiliti sel-sel [[pinakosit]] dan [[koanosit]] serta pembentukan semula [[mesohil]] untuk melekat semula pada permukaan yang sesuai lalu tumbuh semula sebagai span yang kecil tetapi berfungsi selama beberapa hari. Keupayaan inilah yang membolehkan span yang diperah melalui kain halus untuk tumbuh semula.{{sfn|Ruppert|Fox|Barnes|2004|p=239}} Pecahan span hanya boleh tumbuh semula jika ia mempunyai [[kolensit]] untuk menghasilkan [[mesohil]], dan [[arkeosit]] untuk menghasilkan jenis-jenis sel yang lain.<ref name="Bergquist2001InEncOfLifeSci"/> Tidak banyak spesies yang membiak secara bertunas.{{sfn|Ruppert|Fox|Barnes|2004|pp=90–94}}
 
Gemul merupakan "benih hayat" yang dihasilkan secara ribu-ribuan oleh beberapa span laut dan sebilangan besar span air tawar ketika mati. [[Spongosit]] menghasilkan gemul dengan membalut kulit spongin, selalunya diperkukuh dengan spikul, iaitu gugusan bulat [[arkeosit]] yang kaya dengan nutrien.{{sfn|Ruppert|Fox|Barnes|2004|pp=87–88}} Gemul air tawar boleh juga terkandung simbion yang berfotosintesis.<ref name="SmithPennak2001FreshwaterInvertebrates">{{cite book| vauthors = Smith DG, Pennak RW |title=Pennak's Freshwater Invertebrates of the United States: Porifera to Crustacea|publisher=[[John Wiley and Sons]]|year=2001|isbn=978-0-471-35837-4|pages=47–50| edition=4|url={{google books|plainurl=y|id=GqIctb8IqPoC|page=48}}}}</ref> Gemul itu kemudian menjadi pendam supaya dapat meredah kesejukan, kekontangan, kekurangan oksigen dan turun naik tahap [[kemasinan]] yang melampau.<ref name="RuppertBarnes2004Porifera"/> Gemul air tawar lazimnya tidak akan bangkit semula sehingga suhu menurun, kekal sejuk selama beberapa bulan dan kemudian mencapai tahap hampir "normal".<ref name="SmithPennak2001FreshwaterInvertebrates"/> Apabila gemul bercambah, sel-sel arkeosit di keliling luar gugusan berubah jadi [[pinakosit]], meletusnya membran di atas liang dalam kulit, gugusan sel keluar perlahan-lahan, dan kebanyakan arkeosit yang tinggal berubah menjadi jenis-jenis sel lain yang diperlukan untuk membentuk span yang berfungsi. Gemul sama spesies tetapi berlainan individu boleh bergabung tenaga untuk membentuk satu span.{{sfn|Ruppert|Fox|Barnes|2004|pages=89–90}} Sebilangan gemul terpelihara dalam span induk, dan lama-kelamaan menjadi sukar untuk menentukan sama ada span lama telah dihidupkan kembali atau "diteroka semula" oleh gemul-gemulnya sendiri.<ref name="SmithPennak2001FreshwaterInvertebrates"/>
 
====Seksual====
Kebanyakan span adalah makhluk [[khunsa]] (bertindak sebagai kedua-dua jantina sekali gus), tetapi tidak mempunyai [[gonad]] (alat kelamin). Sperma dihasilkan oleh [[koanosit]] ataupun kebuk-kebuk koanosit penuh yang terbenam ke dalam [[mesohil]] dan membentuk [[sista|sista-sista]] spermatik, sementara ovum (telur) pula terhasil daripada perubahan bentuk [[arkeosit]] (atau koanosit bagi sesetengah spesies). Setiap telur mendapat [[yolka]] (kuning telur) dengan menggunakan "sel perawat". Sewaktu pemijahan, sperma keluar dari sista lalu dilepaskan melalui [[oskulum]]. Jika sperma bertemu dengan span lain yang sama spesies, maka aliran air akan membawa sperma itu untuk disedut oleh koanosit yang tidak akan menghadam sperma, sebaliknya bermetamorfosis menjadi bentuk [[ameboid]] untuk membawa sperma melalui mesohil ke telur.{{sfn|Ruppert|Fox|Barnes|2004|p=77}}
 
Tidak banyak spesies yang melepaskan telur yang disenyawakan ke dalam air; kebanyakan span menyimpan telur hingga menetas. Terdapat empat jenis larva, tetapi kesemuanya berupa bebola sel dengan lapisan sel luar yang dilengkapi dengan [[flagelum]] atau [[silium]] yang membolehkan pergerakan larva. Setelah beberapa hari berenang, larva pun turun dan merayap sehingga mendapat tempat untuk menetap. Kebanyakan sel bertukar menjadi arkeosit dan kemudian menjadi jenis-jenis yang sesuai dengan kedudukan masing-masing dalam span dewasa yang miniatur.{{sfn|Ruppert|Fox|Barnes|2004|p=77}}
 
Embrio [[span kaca]] bermula dengan berpecah kepada banyak sel, dan setelah terbentuknya 32&nbsp;sel, embrio itu cepat-cepat berubah menjadi larva yang berupa [[ovoid]] di luaran dengan jaluran [[silium]] di keliling tengah yang digunakan untuk bergerak, tetapi di dalam mempunyai struktur span kaca tipikal yang terdiri daripada spikul-spikul yang diikat oleh [[sinsitium]] utama seakan sawang, dan koanosinsitium dengan banyak jasad kolar di tengah. The larvae then leave their parents' bodies.<ref>{{cite journal | vauthors = Leys SP, Cheung E, Boury-Esnault N | title = Embryogenesis in the glass sponge Oopsacas minuta: Formation of syncytia by fusion of blastomeres | journal = Integrative and Comparative Biology | volume = 46 | issue = 2 | pages = 104–17 | date = April 2006 | pmid = 21672727 | doi = 10.1093/icb/icj016 | doi-access = free }}</ref>
 
====Kitaran hidup====
Span di kawasan ber[[iklim sederhana]] hidup selama beberapa tahun sahaja, tetapi sesetengah spesies [[tropika]] dan laut dalam mampu hidup selama 200&nbsp;tahun ke atas. Sesetengah [[demospan]] berkalsium tumbuh hanya 0.2&nbsp;mm setahun, dan kalau ini kadar malar, maka spesimen yang lebarnya 1&nbsp;m mestilah berumur 5,000&nbsp;tahun ke atas. Sesetengah span memulakan pembiakan seksual pada umur hanya beberapa minggu, sementara yang lain menunggu sehingga mencapai umur beberapa tahun.<ref name="RuppertBarnes2004Porifera"/>
 
===Koordinasi aktiviti===
Span dewasa tiada [[neuron]] ataupun sebarang jenis [[tisu saraf]]. Bagaimanapun, kebanyakan spesies mampu melakukan pergerakan yang terselaras seluruh badan, terutamanya pengenduran [[pinakosit]], memeras saluran air untuk mengeluarkan endapan lebihan dan bahan-bahan lain yang boleh menyumbat saluran. Sesetengah spesies boleh mengendurkan [[oskulum]] tanpa melibatkan anggota badan lain. Span juga boleh mengendur untuk mengecilkan bahagian yang terdedah kepada ancaman pemangsa. Dalam hal adanya dua span yang terlakur, misalnya jika terdapat tunas yang besar tetapi masih belum terpisah, maka gelombang pengenduran beransur-ansur menjadi terselaras bagi kedua-dua "[[kembar siam]]". Belum diketahui mekanisme di sebalik penyelarasan ini, tetapi ia mungkin melibatkan bahan-bahan kimia yang serupa dengan [[neurotransmiter]].<ref>{{cite journal | vauthors = Nickel M | title = Kinetics and rhythm of body contractions in the sponge Tethya wilhelma (Porifera: Demospongiae) | journal = The Journal of Experimental Biology | volume = 207 | issue = Pt 26 | pages = 4515–24 | date = December 2004 | pmid = 15579547 | doi = 10.1242/jeb.01289 | doi-access = free }}</ref> Akan tetapi, [[span kaca]] memancarkan impuls elektrik dengan deras ke seluruh anggota [[sinsitium]] dengan tujuan menghalang pergerakan [[flagelum]] jika air yang masuk mengandungi toksin atau endapan berlebihan.<ref name="RuppertBarnes2004Porifera"/> Dipercayai bahawa [[miosit]] bertindak menutup oskulum dan memancarkan isyarat sesama anggota badan.<ref name="Bergquist2001PoriferaInAnderson"/>
 
Span mempunyai [[gen|gen-gen]] yang amat serupa dengan gen-gen yang mengandungi "resipi" untuk ketumpatan pasca [[sinaps]], iaitu struktur penerima isyarat yang penting dalam neuron semua haiwan lain. Akan tetapi bagi span, gen-gen ini hanya diaktifkan dalam "sel-sel kelalang" yang hanya terdapat dalam larva dan mungkin membekalkan sedikit keupayaan deria ketika larva sedang berenang. Ini menimbulkan persoalan tentang sama ada sel kelalang mewakili pendahulu kepada neuron sebenar atau merupakan bukti bahawa leluhur pada span mempunyai neuron sebenar tetapi hilang setelah menyesuaikan diri kepada kehidupan sesil.<ref>{{cite journal | vauthors = Sakarya O, Armstrong KA, Adamska M, Adamski M, Wang IF, Tidor B, Degnan BM, Oakley TH, Kosik KS | display-authors = 6 | title = A post-synaptic scaffold at the origin of the animal kingdom | journal = PLOS One | volume = 2 | issue = 6 | pages = e506 | date = June 2007 | pmid = 17551586 | pmc = 1876816 | doi = 10.1371/journal.pone.0000506 | bibcode = 2007PLoSO...2..506S }}</ref>
 
==Rujukan==