Bunga karang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
Teg: Suntingan sumber 2017
KLITE789 (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Teg: Suntingan sumber 2017
Baris 28:
Kebanyakan span menjalankan [[pembiakan seksual]], melepaskan sel-sel [[sperma]] ke dalam air untuk mensenyawakan [[ovum]]. Sebahagian spesies melepaskan ovum tetapi sebahagian yang lain pula tidak, sebaliknya ditahan oleh “ibu”nya. Telur-telur yang disenyawakan membentuk [[larva|larva-larva]] yang berenang dan mencari tempat untuk dihuni. Span juga dikenali dalam penjanaan semula cebisan-cebisan yang tertanggal, walaupun ia hanya berlaku apabila cebisan-cebisan tersebut merangkumi jenis sel yang tepat. Sebahagian spesies membiah melalui percambahan. Apabila keadaan persekitaran merosot, contohnya suhu menurun, banyak spesies air tawar dan juga spesies marin menghasilkan [[gemul]], sejenis “pod mandiri” bagi sel-sel tidak dikhususkan yang menjadi dominan sehingga keadaan bertambah baik. Selepas itu, gemul-gemul tersebut akan membentuk span yang berasingan, ataupun menjajah semula rangka-rangka ibu bapa mereka.
 
Mesohil berfungsi sebagai [[endoskeleton]] dalam kebanyakan span, dan satu-satunya rangka dalam span lembut yang menatah pada permukaan keras seperti batu. Secara lebih lazimnya, mesohil dikeraskan oleh spikul-spikul mineral, ataupun fiber span, mahupun kedua-duanya secara serentak. Eksoskeleton bagi [[demospan]] menggunakan spongin, dan dalam kebanyakan spesies, spikul [[silika]] dan dalam beberapa spesies, [[kalsium karbonat]]. Demospan merangkumi sekitar 90% daripada semua spesies span dikenali, termasuk semua yang air tawar, dan mempunyai rangkaian habitat terluas. [[Span berkapur]], yakni spam yang mempunyai spikul kalsium karbonat dan, dalam beberapa spesies, pembentukan eksoskeleton kalsium karbonat, adalah terhad kepada air laut yang agak cetek di mana pengeluaran kalsium karbonat adalah paling mudah. [[Span gelaskaca]] yang mudah pecah, dengan "sokongan" spikul silica, adalah terhad kepada kawasan kutub dan kedalaman laut di mana pemangsa jarang berlaku. Fosil semua jenis-jenis ini telah dijumpai dalam batuan bertarikh dari {{ma|580}}. Sebagai tambahan [[arkeosiatid]], spesies yang fosil-fosilnya sering ditemui sekitar {{ma|530|490}}, kini dianggap sebagai sejenis span.
 
[[Koanoflagelat]] unisel menyerupai sel koanosit span yang digunakan untuk memandu sistem aliran air dan menangkap sebahagian besar makanan mereka. Ini bersama-sama dengan kajian filogenetik molekul ribosom telah digunakan sebagai bukti morfologi untuk mencadangkan span kumpulan adik beradik kepada seluruh haiwan.<ref name="collins 1998">{{Cite journal | author = A. G. Collins | title = Evaluating multiple alternative hypotheses for the origin of Bilateria: an analysis of 18S rRNA molecular evidence | journal = [[Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America]] | volume = 95 | issue = 26 | pages = 15458–15463 |date=December 1998 | pmid = 9860990 | doi=10.1073/pnas.95.26.15458}}</ref> Beberapa kajian mendapati bahawa span tidak membentuk satu kumpulan [[monofiletik]], dalam erti kata lain, tidak mencakupi ''semua dan hanya'' keturunan daripada satu leluhur bersama. Analisis filogenetik baru-baru ini mendapati bahawa [[Ctenophora|ampai bulat]] dan bukan span merupakan kumpulan saudara kepada haiwan-haiwan yang lain.<ref name="dunn et al 2008">{{Cite journal