Bunga karang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Teg: Suntingan sumber 2017
KLITE789 (bincang | sumb.)
Teg: Suntingan sumber 2017
Baris 91:
Struktur badan span yang paling ringkas ialah bentuk tiub atau pasu yang dikenali sebagai "askonoid", tetapi ini amat mengehadkan tumbesaran haiwan. Struktur badan bercirikan spongoselom seakan tangkal yang diselaputi oleh satu lapisan koanosit. Jika sekadar dibesarkan, maka nisbah isipadu span kepada keluasan permukaan meningkat kerana permukaan meningkat sebagai kuasa dua panjang atau lebar sedangkan isipadu meningkat setimpal pada kuasa tiga. Jumlah tisu yang memerlukan makanan dan [[oksigen]] ditentukan oleh isipadu, tetapi muatan mengepam yang membekalkan makanan dan oksigen itu bergantung pada keluasan litupan koanosit. Span askonoid jarang menjangkau diameter satu&nbsp;milimeter.<ref name="RuppertBarnes2004Porifera"/>
 
{{Plain image with caption|Sea sponge diagram.svg|DiagramGambarajah ofspan a syconoid spongesikonoid|250px|left}}
 
Sesetengah span mengatasi kekangan ini dengan menggunakan struktur "sikonoid", di mana dinding badannya [[lisu|berlisu-lisu]]. Lompang-lompang dalam lisu-lisu itu bersalut koanosit yang disambungkan dengan lompang-lompang luar lisu oleh ostium. Peningkatan jumlah koanosit meningkatkan muatan mengepam, justeru membolehkan span sikonoid untuk berkembang diameter sebanyak beberapa sentimeter.