Melayu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ashlee2710 (bincang | sumb.)
k Maksud Melayu dari Segi Bahasa (Linguistik)
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Penambahan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1:
Istilah '''Melayu''' boleh membawa maksud dan pengertian yang berbeza iaitu:-
 
* [[Etnik Melayu]], sebuah kaum atau suku yang merupakan penduduk asal [[Asia Tenggara]] yang berketurunan (sunda) Austroasiatik yang bermigrasi pada zaman ais 4300 tahun dahulu dari sunda land dan juga Austronesia yg turun ke asia tenggara melalui taiwan dan kepulauan filipina 300 tahun selepas migrasi Austroasiatik.
* [[Bahasa Melayu]], bahasa ibunda kepada orang Melayu di Asia Tenggara. Dan mempunyai loghat yang berbeza mengikut tempat dan daerah tertentu. Penuturan bahasa melayu dikategorikan sebagai malayopolynesia yang juga kategorikan sebagai bahasa Austronesia.
* [[Kepulauan Melayu]], kawasan yang didiami oleh penduduk berketurunan Austroasiatik, Austronesia dan juga nama lain bagi Nusantara.
* [[Tanah Melayu]], nama lama bagi Semenanjung Malaysia ataupun Malaysia Barat.
* [[Semenanjung Tanah Melayu]], sebuah semenanjung utama yang terletak di Malaysia Barat.
Baris 42:
Ada pengkaji amatur yang mendakwa perkataan Melayu/Malayu adalah loghat penduduk di selatan semenanjung manakala di utara masih mengekalkan keasliannya sebagai ‘Malaya’. Ini adalah merepek kerana tiada rekod dari sebelah negeri-negeri utara semenanjung atau di Segenting Kra yang memakai nama ‘Malaya’. Tambahan pula, jika ingin mengikutkan ''slang'' atau loghat penduduk di selatan semenanjung, harus ia akan menjadi ‘Melaye’. Hikayat Merong Mahawangsa sekalipun menyebutkan nama ‘Melayu’ di dalam teksnya dan jika kita memerhatikan orang-orang Thai dan Khmer apabila menuliskan tentang orang Melayu, mereka akan menulisnya sebagai ‘Malayu’ sekalipun dalam frasa ‘Jva Malayu’ atau ‘Khaek Malayu’ bukan ‘Malaya’ walaupun kedua-duanya masih pekat berbudaya Hindu-Buddha.
 
Ini dikuatkan lagi dengan tiada mana-mana suku-suku Austroasiatik dan Austronesia yang memanggil orang-orang Melayu sebagai ‘Malaya’. Semua suku-suku Nusantara/Austronesia mengenal orang-orang Melayu sebagai ‘Melayu’ dengan -suffix ‘u’ di akhirnya.
 
Untuk mengkaji asal-usul perkataan ‘Melayu’, kita mesti memiliki pengetahuan secukupnya dalam linguistik, fonologi, sosio-budaya, antropologi dan kronologi sejarah. Secara ringkas, perkataan ‘Melayu’ berasal dari perkataan induk ''layaw, layao, layar, layah'' atau ''layag. S''emua ini berasal dari rumpun bahasa Malayo-Polinesia.
 
Untuk mengetahui asal-usul perkataan ‘Melayu’ sudah semestinya wajib mengkajinya dari bahasa-bahasa Malayo-Polinesia dan kelompok besar Austroasiatik dan Austronesia.