Big Stage (musim 3): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 362:
* Pada 5 September 2020, Sandra terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 9.2, Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) berdekatan [[Subang Jaya]], [[Selangor]] pada jam 2:30 petang. Beliau mengalami kecederaan di kepala selepas kereta Great Wall yang dinaiki bersama rakannya dikatakan hilang kawalan lalu terbalik. Sandra dibawa ke Unit Rawatan Rapi [[Hospital Putrajaya]] di mana keadaan beliau dilaporkan tidak sedarkan diri. Beliau dilaporkan dalam perjalanan ke [[Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya]] (PICC) untuk menjalani latihan penuh konsert minggu keempat Big Stage. Pada awal 2 pagi tanggal 11 September 2020 iaitu 5 hari selepas bertarung nyawa, beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Putrajaya. Konsert pada minggu ketiga merupakan persembahannya yang terakhir di dalam Big Stage 2020 sebelum beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi dan telah disahkan meninggal dunia. <ref>{{cite news|url=https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/09/728311/penyanyi-sandra-dianne-tak-sedar-diri-akibat-kemalangan|title=Penyanyi Sandra Dianne tak sedar diri selepas kemalangan|author=Farihad Shalla Mahmud|publisher=[[Berita Harian]]|date=6 September 2020|accessdate=7 September 2020}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.hmetro.com.my/rap/2020/09/617534/sandra-dianne-kemalangan|title=Sandra Dianne Kemalangan|author=Syafil Syazwan Jefri|publisher=[[Harian Metro]]|date=6 September 2020|accessdate=7 September 2020}}</ref>
 
* Sebagai tanda penghormatan terakhir, pihak Astro mengambil keputusan untuk tidak meneruskan Konsert Big Stage 2020 minggu kelima pada Ahad (13 September 2020) seperti kebiasaan sebaliknya bakal mengadakan sebuah konsert tribute istimewa berjudul #SandraDalamKenangan bagi mengenang Allahyarhamah dan penglibatan beliau dalam industri seni tanahair terutamanya sepanjang pertandingan Big Stage 2020 berlangsung. <ref>{{cite news|url=https://gempak.com/artikel/41365/konsert-big-stage-2020-minggu-kelima-akan-digantikan-dengan-konsert-tribute-sandradalamkenangan-pengurus-saluran-astro-ria|title=“Konsert Big Stage 2020 Minggu Kelima Akan Digantikan Dengan Konsert Tribute #SandraDalamKenangan” - Pengurus Saluran Astro Ria|author=FarihadAstro Shalla MahmudGempak|publisher=[[BeritaAstro Harian]]Gempak|date=611 September 2020|accessdate=11 September 2020}}</ref>
 
==Rujukan==