R. Ismail: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 41:
Dilahirkan di Singapura pada 1 Oktober 1937 dengan nama Ismail Abdul Rahman, beliau adalah anak kepada penyanyi tahun 1930-an dan 1940-an iaitu A. Rahman.
 
R. Ismail banyak merakam lagu untuk soundtrack filem-filem keluaran Cathay Keris dan Shaw Brothers, dua syarikat gergasi perfileman di Singapura, selain merakam lagu untuk album-album beliau sendiri. Pelakon yang paling banyak meminjam suara R. Ismail untuk filem-filem lakonannya ialah Noordin Ahmad dalam <i>[[Gurindam Jiwa]]</i> kerana suara mereka seakan-akan sama.
 
Pada pertengahan tahun 1970-an, nama R. Ismail mula tenggelam dari persada seni suara Melayu dan beliau meneruskan kehidupannya sebagai pemandu lori di Singapura. Namun begitu, dengan kemunculan siaran Radio Klasik kelolaan Radio & Televisyen Malaysia (RTM), beliau muncul kembali dengan beberapa persembahannya sekali-sekala, sehingga akhirnya beliau memutuskan untuk menetap di Kuala Lumpur.