Burhanuddin al-Helmi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Kemasan
Baris 42:
== Awal kehidupan ==
Burhanuddin merupakan anak pertama dari pasangan Haji Mohamad Nor dan Sharifah Zaharah bt Habib Osman.<ref>''[http://smkdb.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=51&Itemid=108 Sejarah Sekolah: Biodata Profesor Doktor Burhanuddin Al-Helmy]'', laman web SMK Doktor Burhanuddin, Taiping, Perak Darul Ridzuan, capaian 2012-04-12.</ref> Ayahnya berasal dari Batusangkar, [[Tanah Datar]], [[Sumatera Barat]] yang merantau ke Tanah Melayu pada tahun 1908, sedangkan ibunya berasal dari Malaka. Burhanuddin dilahirkan di [[Kota Baharu, Perak|Kota Bharu]], [[Gopeng]], [[Perak]] pada tahun 1911, dan belajar di Universiti Muslim Aligarh di [[India]].<ref name="Leifer">{{cite book|last=Leifer|first=Michael|title=Dictionary of the modern politics of South-East Asia|edition=3rd|year=2001|publisher=Taylor & Francis|isbn=0415238757|page=79}}</ref> Sekembalinya dari pelajarannya di India dan pengembaraannya ke Palestin dan Turki, Burhanuddin Al-Helmy kembali bertugas sebagai guru bahasa Arab di [[Madrasah Aljunied Al-Islamiah]], Aljunied, Singapura.
 
Semasa di India atau selepas kembali daripada India, Dr. Burhanuddin juga telah belajar homeopati. Beliau juga didapati pernah membuka klinik homeopati bersama Dr. S.A.Rajah di Singapura. <ref>Ramlah Adam, Burhanuddin Al-Helmy - Suatu Kemelut Politik, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003</ref>
 
== Aktiviti selepas perang ==
 
Selepas [[Perang Dunia II]], Burhanuddin menubuhkan [[Parti Kebangsaan Melayu Malaya]] (PKMM). Parti ini menuntut kemerdekaan penuh bagi [[Tanah Melayu]] dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris, dan Dr. Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan [[Melayu Raya]] iaitu satu gagasan "kesatuan politik" [[Malaya]]-[[Indonesia]] yang merupakan salah satu perjuangan utamanya.<ref name="Leifer"/><ref>{{cite book|last=Federspiel|first=Howard M.|title=Sultans, shamans, and saints: Islam and Muslims in Southeast Asia|url=http://books.google.com.au/books?id=5Qf39DpguysC&pg=PA177&dq=%22burhanuddin+al-helmy%22&hl=en&ei=YSshTN6CMI2Wca2A2SY&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=9&ved=0CE4Q6AEwCA#v=onepage&q=%22burhanuddin%20al-helmy%22&f=false|year=2007|publisher=University of Hawaii Press|isbn=0824830520|page=177}}</ref>
 
Dr. Burhanuddin mempunyai kelulusan homeopati daripada '''Ismaeliah Medical college, New Delhi pada 1934. Apabila kembali ke Malaysia, beliau membuka sebuah klinik homoepati di Singapura bersama Dr. Rajah. Beliau juga dikatakan bertanggungjawab melatih dua belas orang pengikut setia yang kemudiannya membantu mengembangkan homeopati di Malaysia. ''' <ref>http://www.homeoint.org/photo/a/alhelmy.htm</ref>  Kemudiannya para pelajar dan pengikut homeopati kemudiannya bersepakat menubuhkan sebuah persatuan homeopati yang dinamakan Persatuan Homeopathy Malaya yang didaftarkan secara rasmi pada tahun 1961. Presiden pertamanya ialah Dr. Burhanuddin sendiri. Beliau terus memimpin persatuan ini sehingga beliau meninggal dunia pada 25 Oktober 1969. <ref>2. Mohamed Hatta Abu Bakar. 1997. Perubatan Homoeopati. Banting: HBI Ealth & Homoeopathy Centre.</ref>
 
== Presiden PAS ==