Burhanuddin al-Helmi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
→‎Aktiviti selepas perang: pengemasan dan letak teg
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 51:
=== Homeopati===
 
Selain aktif dalam politik, Dr. Burhanuddin juga mempunyai kelulusan homeopati daripada '''Ismaeliah Medical college, New Delhi pada 1934. Apabila kembali ke Malaysia, beliau membuka sebuah klinik homoepati di Singapura bersama Dr. Rajah. Beliau juga dikatakan bertanggungjawab melatih dua belas orang pengikut setia yang kemudiannya membantu mengembangkan homeopati di Malaysia. ''' <ref>http://www.homeoint.org/photo/a/alhelmy.htm</ref> Kemudiannya para pelajar dan pengikut homeopati kemudiannya bersepakat menubuhkan sebuah persatuan homeopati yang dinamakan Persatuan Homeopathy Malaya yang didaftarkan secara rasmi pada tahun 1961. Presiden pertamanya ialah Dr. Burhanuddin sendiri. Beliau terus memimpin persatuan ini sehingga beliau meninggal dunia pada 25 Oktober 1969. <ref>2. Mohamed Hatta Abu Bakar. 1997. Perubatan Homoeopati. Banting: HBI Health & Homoeopathy Centre.</ref>{{Citation needed|date=September 2020}}
 
Pemergian Dr. Burhanuddin dianggap satu kehilangan besar bagi masyarakat homeopati di Malaysia. Selain sebagai guru homeopati dan pengasas persatuan homeopati di Malaysia, beliau dikatakan telah meninggalkan hasil karya sebagai bahan pengajaran dan rujukan pelajar-pelajar homeopati di Malaysia, iaitu (1) Falsafah Perubatan Homeopati, (2) Materia Medika Homeopati dan (3) Biochemistry Homeopati. <ref>Mohamed Hatta Abu Bakar. 2004. “Dr. Burhanuddin: Tokoh Homeopati Unggul” dalam Esei-esei Milenium Baru. Banting: HBI Health & Homoeopathy Centre.</ref>