Animisme: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
haha
Teg-teg: Manual revert Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baiki
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 1:
Kepercayaan '''animisme''' atau kepercayaan kepada makhluk halus dan roh dipercayai merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula muncul dalam kalangan manusia primitif purba kala.
 
Kepercayaan '''animisme''' mempercayai bahawa setiap benda di [[bumi]] ini, (''seperti kawasan tertentu, [[gua]], [[pokok]] atau [[Batu|batu besar]]''), mempunyai semangat yang mesti dihormati agar semangat tersebut tidak mengganggu manusia, malah membantu mereka dari semangat dan roh jahat dan juga dalam kehidupan seharian mereka. Semangat ini juga dikenali dengan pelbagai nama, antaranya jin, mambang, roh, datuk, tuan, dan penunggu. Kadang-kala semangat ini juga dianggap roh leluhur mereka yang telah meninggal yang kini menetap ditempat sedemikian.
 
Dianggarkan bahawa di [[Kalimantan Barat]] masih terdapat 7,5 juta [[orang Dayak]] yang tergolong pemeluk animisme.
 
Selain daripada semangat dan roh yang mendiami di tempat-tempat yang dinyatakan di atas, kepercayaan '''animisme''' juga mempercayai bahawa roh orang yang telah mati boleh masuk ke dalam tubuh [[haiwan]], misalnya suku Nias, di sebuah [[pulau]] yang terletak di barat [[Sumatera]] mempercayai bahawa seekor [[tikus]] yang keluar masuk dari rumah merupakan roh daripada wanita yang telah mati beranak. Roh-roh orang yang telah mati juga boleh memasuki tubuh [[babi]] atau [[harimau]] dan dipercayai akan menuntut bela ke atas orang yang menjadi musuh simati pada masa hidupnya. Kepercayaan ini menyerupai dengan kepercayaan [[kelahiran semula]] seperti yang terdapat pada agama [[Hindu]].