Stadium Shah Alam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
ZiraFX (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 30:
}}
 
'''Stadium Shah Alam ''' merupakan sebuah [[stadium]] serbaguna yang terletak di [[Shah Alam]], [[Selangor]], [[Malaysia]]. Ia merupakan sebahagian daripada Kompleks Sukan Shah Alam yang turut merangkumi Stadium Melawati (stadium tertutup). Kegunaan utamanya ialahadalah untuk perlawanan [[bola sepak]] tetapi ia juga mempunyai kelengkapan untuk [[olahraga]]. Stadium ini merupakan tuan rumah bagi [[FA Selangor]], dan mempunyai kapasiti penonton sebanyak 69,372. Sekiranya perlu, terdapat ruang untuk 11,000 orang lagi untuk berdiri menjadikan kapasitinya 80,372<ref>[http://www.cuti.com.my/Sub/Selangor/guide_selangor_shah_alam_stadium.htm Shah Alam Stadium]</ref>. Pembinaan telah bermula pada tahun [[1991]], dan stadium ini telah dibuka secara rasmi pada Julai [[1994]], apabila pilihan [[Dundee United F.C.|Dundee United]] bertemu dengan pilihan Selangor FA dalam Kejohanan Bola Sepak Jemputan Antarabangsa Mitsubishi<ref>[http://selangorfc.com/stadium.html Stadium Shah Alam]</ref>.
 
Stadium ini terletak di bahagian timur Shah Alam. Dengan enam tingkat, ia merupakan stadium terbesar di Selangor. Struktur rangkanya merupakan gerbang berdiri bebas terpanjang di dunia. Ia telah menjadi salah satu tanda tempat utama di Shah Alam disebabkan saiz dan seni binanya yang mengagumkan. Dibina dengan teknologi terbaru, stadium ini popular dalam penganjuran acara sukan bertaraf dunia. Ia juga merupakan gelanggang utama skuad bola sepak kebangsaan dan perlawanan akhir [[Piala Malaysia]] dari 1994 sehingga 1997 sehingga [[Stadium Nasional Bukit Jalil]] dibina. Stadium ini direka bentuk oleh arkitek terkenal Malaysia, Hijjaz Kasturi.