Johannesburg: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Nais69 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Nais69 (bincang | sumb.)
Baris 79:
Rantau ini pada asalnya diduduki puak [[Bushmen]] dan [[Bantu]]. Apabila orang Eropah tiba di sini, sekumpulan Boer membuka beberapa ladang ternak. Walaupun begitu, tiada penempatan Eropah yang besar sehingglah 1880-an, apabila emas ditemui di sini yang mencetuskan gold rush.
 
[[Emas]] pada mulanya di temui di timur Johannesburg, iaitu di [[Barberton]]. Namun demikian, pencari gali emas menemui lebih banyak terumbu yang kaya dengan emas di [[Witwatersrand]].
 
Johannesburg bermula sebagai sebuah pekan yang tidak banyak bezanya dengan kawasan perlombongan kecil yang lain. Namun, apabila berita tentang kekayaannya merebak, orangramaiorang ramai dari seberang laut seperti [[Amerika Utara]], [[United Kingdom]], dan [[Eropah]] datang berduyun-duyun ke tempat ini. Akibatnya, nilai hartanah semakin meningkat, dan ini menyebabkan ketegangan di antara pihak [[Afrikaner]], yang mengawal rantau ini pada abad ke-19, dengan pihak British. Akhirnya tercetuslah [[Perang Anglo-Boer Kedua]], di mana pihak [[Afrikaner]] tewas dan pekan ini jatuh ke tangan British.
 
Apabila [[Kesatuan Afrika Selatan]] telah diisytiharkan pada [[1910]], ia telah membuka laluan kepada struktur [[perlombongan]] yang lebih teratur. Selepas itu, kerajaan Afrika Selatan telah melancarkan sistem perkauman yang keras di mana kaum kulit hitam dan India telah dikenakan cukai yang berat, dilarang daripada memegang kerja mahir, dan dipaksa bekerja sebagai [[buruh kasar]] di lombong-lombong emas di sekitar Johannesburg.