Parti Maju Sabah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tofeiku (bincang | sumb.)
k Tofeiku telah memindahkan laman Parti Progresif Sabah ke Parti Maju Sabah: nama rasmi
Baris 67:
 
===Parti berhaluan bebas===
Pada 13 Julai 2009, Ketua Penerangan SAPP Chong Pit Fah mendesak agar [[Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia]] (JPN) lebih teliti memproses pendaftaran kelahiran yang lewat bagi mencegah pendatang tanpa izin mendapat kerakyatan mudah. Ini kerana ramai pendatang tanpa izin yang memperoleh sijil kelahiran melalui pengakuan bersumpah atau lebih dikenali sebagai Surat Akuan palsu. Pada 11 Julai 2009, [[Perdana Menteri Malaysia]] Datuk Seri [[Najib Tun Razak]] sempena 100 hari Najib menjadi Perdana Menteri, mengumumkan bahawa kerajaan akan mempercepatkan kelulusan permohonan kerakyataan, termasuk pendaftaran kelahiran yang lewat terutama di Sabah dan Sarawak. Kebimbangan timbul kerana Populasi di Sabah mencatat peningkatan 328 % (daripada serendah 700,000 pada 1970 kepada hampir tiga juta pada 2005) berbanding Sarawak yang menunjukkan peningkatan sebanyak 130 %.<ref>[http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=425052 JPN Perlu Lebih Teliti Proses Pendaftaran Kelahiran Lewat - SAPP]</ref>
 
SAPP meraih dua kerusi parlimen ([[Sepanggar]] dan [[Tawau]]) padadalam [[Pilihan raya umum Malaysia, 2008|pilihan raya]] pada 8 Mac 2008. Semenjak itu, banyak parti politik dari Sabah yang menggesa kerajaan persekutuan memberi lebih [[autonomi]] kepada negeri berkenaan.
 
===Menyertai Gabungan Sabah Bersatu (USA)===