Wan Mokhtar Ahmad: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 57:
 
== Kerjaya ==
Setelah tamat pengajiannya di Universiti Al-Azhar Mesir pada tahun 1963 dan memperolehi Ijazah Sarjana (M.A.), Dato' Seri Haji Wan Mokhtar kembali ke tanahair dan seterusnya bertugas sebagai seorang [[guru]] dan mengajar di Sekolah Arab Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk. Beliau mengajar Bahasa Arab, Hadis dan Pengajian Islam. Disebabkan sekolah itu melahirkan tokoh-tokoh politik Terengganu seperti Tan Sri [[Ibrahim Fikri bin Mohammad|Ibrahim Fikri]], Datuk [[Wan Abdul Kadir bin Ismail|Wan Abdul Kadir Wan Ismail]], maka dengan sendirinya Wan Mokhtar turut terseret ke kancah politik.
 
Dalam tahun 1964 pula, beliau dipilih untuk bertanding di dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 1964|pilihan raya umum]] di atas tiket [[Parti Perikatan]] bagi kawasan Parlimen [[Kemaman]] dan telah mendapat kejayaan yang cemerlang. Pada tahun 1969, beliau telah dipilih semula bagi kawasan yang sama. Kemudian dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 1974|pilihan raya 1974]], beliau telah bertanding dan menang di Dewan Undangan Negeri Kawasan [[Chukai]]. Pada [[1 September]] [[1974]] beliau telah dilantik sebagai [[Menteri Besar]] [[Terengganu]].