Wan Mokhtar Ahmad: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 63:
Dalam pilihan raya-pilihan raya umum yang berikutnya, beliau telah berjaya mengekalkan kerusinya dan kekal sebagai Menteri Besar Terengganu selama enam penggal. Kemudian pada pada [[Pilihan Raya Umum Malaysia 1999|pilihan raya yang kesepuluh]] pada 29 November 1999, beliau tewas kepada calon [[PAS]], Haji Awang bin Jusoh dengan majoriti 436 undi iaitu di kawasan Chukai, Terengganu. Beliau mendapat 6,128 undi manakala lawannya mendapat 6,564 undi. Beliau kemudian dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke [[Arab Saudi]] pada 1 November 2000 hingga Julai 2005.
 
Dato' Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar Ahmad juga merupakan salah seorang pemimpin [[UMNO]] di peringkat tertinggi, iaitu pernah terpilih sebagai Naib Presiden UMNO. Beliau mendapat undi tertinggi untuk jawatan [[Naib Presiden UMNO]]. Beliau juga diberi kepercayaan mempengerusikan Biro Agama UMNO, Ahli Jawatankuasa Disiplin UMNO dan Ahli Jawatankuasa Barisan Nasional Pusat. Beliau masih menjadi Ketua UMNO cawangan Chukai, Bekas Ketua Umno Bahagian Kemaman, Bekas Ketua Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Ketua Barisan Nasional bahagian Kemaman dan Ketua Perhubungan Barisan Nasional Negeri Terengganu.
 
Beliau bukan sahaja terkenal sebagai tokoh politik veteran dalam [[UMNO]], tetapi juga sebagai seorang tokoh ulama terkenal berkelulusan Universiti Al-Azhar Mesir.