J.W.W. Birch: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg: Dibalikkan
Tiada ringkasan suntingan
Teg: Manual revert
Baris 33:
Pada [[1 November]] 1875, Birch dan kumpulannya sampai di Pasir Salak. Orang Melayu yang bersenjata ketika itu sudah berkumpul di tepi sungai berhampiran dengan bot Birch dan mengoyakkan semua surat arahan British yang ditampal. Mereka kemudian membaling lembing ke arah Birch dan menghumbankannya ke dalam sungai.
 
Birch dikatakan dibunuh ketika beliau sedang mandi[http://pahlawanperak.blogspot.com/] Birch telah dibunuh dengan kerjasama [[KhairulDato NajmiMaharaja Lela]] dan rakan-rakannya iaitu [Khairul[Datuk BahriSagor]], [[Siputum]], [[Pandak Endut]], [[Laksamana Mohamad Amin]], [[Ngah Ibrahim]], [[Ngah Jabor]] dan lain-lain. Beliau dibunuh di [[Pasir Salak]] pada 2 [[November]] 1875. Kerani Melayunya, Mat Arshad, turut terbunuh dalam peristiwa tersebut.
 
Urutan pembunuhan Birch dimulai dengan pembunuhan Mat Arshad. Pak Endut kemudiannya meneriakkan agar yang lain pergi membunuh Birch. Masing-masing melepaskan lembing mereka ke arah bot tempat permandian Birch dimulai oleh Pak Endut lalu diikuti oleh Kulup Ali (Che Ali), Nhgah Jabor dan Panjang Bur. Akibat rejaman lembing tersebut, Birch telah jatuh ke dalam sungai. Beliau kemudian timbul semula di belakang bot tersebut sebelum ditikam dengan lembing oleh Se Tuah dan ditetak sebanyak dua kali di kepala dan tengkoknya oleh Seputum. Selepas pembunuhan tersebut, mayat Birch ditemukan pada jarak 200 ela oleh Dein Patundo anak Raja Dein.<ref>{{Cite journal|last=Abdullah Zakaria Ghazali|author-link=Abdullah Zakaria Ghazali|year=1979|title=Pembunuhan J.W.W. Birch: suatu kajian tentang pembunuhannya|url=http://journalarticle.ukm.my/521/|journal=Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies|volume=09|pages=59-72|issn=2180-0251|id=521|via=}}</ref>