Perbezaan antara semakan "Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah"

→‎Pemakaman ڤمقامن: Memperbaiki ejaan, Memperbaiki tatabahasa
Teg: Suntingan sumber 2017
(→‎Pemakaman ڤمقامن: Memperbaiki ejaan, Memperbaiki tatabahasa)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
 
Yang di-Pertuan Agong, [[Sultan Muhammad V, Kelantan|Sultan Muhammad V]], turut hadir memberikan penghormatan terakhir apabila baginda tiba 12:40 tengah hari di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit. Baginda diiringi oleh Tunku Bendahara Kedah, Tunku Tan Sri Abdul Hamid Thani.
 
Beberapa ahli kerabat diraja lain juga memberi penghormatan terakhir mereka, termasuk [[Raja Perlis]], Tuanku [[Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalulail]]; [[Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan]], [[Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir]]; [[Sultan Selangor]], [[Sultan Sharafuddin Idris Shah]], dan [[Tengku Permaisuri Selangor]], [[Tengku Permaisuri Norashikin]]; [[Sultan Perak]], [[Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah|Sultan Nazrin Shah]], dan [[Raja Permaisuri Perak]], [[Zara Salim Davidson|Tuanku Zara Salim]]; [[Sultanah Terengganu]], [[Tuanku Nur Zahirah|Sultanah Nur Zahirah]]; Permaisuri Johor, [[Raja Zarith Sofiah]], dan [[Tunku Mahkota Johor]], [[Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail|Tunku Ismail Ibrahim]]; Pemangku Sultan Pahang, [[Sultan Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah]]; Pemangku Sultan Kelantan, [[Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra|Tengku Muhammad Faiz Petra]]; Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota Pengiran Haji [[Al-Muhtadee Billah]]. Turut hadir, Yang di-Pertua Negeri Melaka [[Mohd Khalil Yaakob|Tun Mohd Khalil]]; Mantan Perdana Menteri Tun Dr [[Mahathir bin Mohamad]] dan isteri Tun [[Siti Hasmah Mohamad Ali]]; Mantan Perdana Menteri [[Abdullah Ahmad Badawi|Tun Abdullah Ahmad Badawi]] dan isteri [[Jeanne Abdullah|Tun Jeanne Abdullah]]; [[Timbalan Perdana Menteri Malaysia|Timbalan Perdana Menteri]] [[Ahmad Zahid Hamidi|Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi]]; [[Menteri Belia dan Sukan Malaysia|Menteri Belia dan Sukan]] [[Khairy Jamaluddin]]; [[Menteri Pertahanan Malaysia|Menteri Pertahanan]] [[Hishammuddin Hussein|Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein]]; Menteri Pendidikan Datuk Seri [[Mahdzir Khalid]]; Menteri Kesihatan Datuk Seri [[Subramaniam Sathasivam]]. <ref>{{cite news |first= |last= |authorlink= |coauthors= |title=King Pays Last Respects To Late Kedah Sultan |url=http://www.malaysiandigest.com/news/697132-king-pays-last-respects-to-late-kedah-sultan.html?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&utm_campaign=malaysian%20digest |work= |publisher=malaysiandigest.com |date= 12 September 2017|accessdate=2017-09-12 }}</ref>
 
Jenazah Almarhum Sultan Kedah kemudian diarak menggunakan Pedati Diraja ke [[Makam Diraja Langgar]] dengan diiringi 89 das tembakan meriam yang ditetapkan mengikut umur baginda. Jenazah Almarhum diiringi dua kumpulan pengusung membabitkan ketiga-tiga ketumbukan [[Angkatan Tentera Malaysia]] (ATM) dan [[Polis Diraja Malaysia]] (PDRM). Baginda dimakamkan bersebelahan pusara isteri Baginda, Sultanah Bahiyah di [[Makam Diraja Langgar, Alor Setar|Makam Diraja Langgar]], berdekatan dengan Masjid Langgar di [[Alor Setar]], [[Kedah]].<ref name="bh1">{{cite news |first= |last= |author= Petah Wazzan Iskandar |title=21 das tembakan makluman kemangkatan Sultan Kedah |url=https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/09/324424/21-das-tembakan-makluman-kemangkatan-sultan-kedah |work= |publisher=BH Online |date= 12 September 2017|accessdate=2017-09-12 }}</ref>
Pengguna awanama