Pengeboman Bali 2002: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
// Edit via Wikiplus
Pengemasan.
Baris 1:
[[Fail:Bali memorial.jpg|thumb|right|Peringatan peristiwa pengeboman Bali]]
 
'''Pengeboman Bali''' berlaku pada [[12 Oktober]] [[2002]] di bandar [[Kuta, Bali|Kuta]] di pulau [[Bali]], [[Indonesia]], mengorbankan 202 orang dan mencederakan 240 yang lain, kebanyakannya merupakan pelancong asing. Insiden serangan bom ini merupakan yang paling teruk dalam sejarah pengganas di Indonesia ekoran jumlah korban yang banyak serta kemusnahan yang diakibatkan daripada letupan bom - bom tersebut.
 
Beberapa rakyat Indonesia telah dijatuhkan hukuman mati di atas peranan mereka dalam pengeboman tersebut, tetapi sebahagian daripada ahli yang bertanggungjawab masih belum dihadapkan ke mahkamah. Mereka yang terlibat mempunyai kaitan dengan gerakan militan Islam bernama [[Jemaah Islamiyah]] yang bergiat aktif disekitar nusantara Asia Tenggara, termasuk Filipina dan Selatan [[Thailand]]. Tiga daripada mereka telah pun dijatuhi hukuman mati dan beberapa pejuang yang lain samada telah ditangkap atau pun ditembak mati oleh pasukan polis Indonesia. Serangan termasuk ledakan tiga jenis bahan letupan; 8 biji bom paip yang disulam pada vest dan diletupkan oleh seorang pengebom berani mati, sebuah bom kenderaan yang besar serta sebuah lagi peranti kecil yang diledakan diluar kedutaan [[Amerika Syarikat]] di [[Denpasar]], [[Bali]]. Bahan tersebut cuma mengakibatkan kerosakan kecil dan ia dilaporkan padat dengan najis manusia. Kononnya, sebuah kaset audio kecil dipercayai mengandungi pesanan suara dari Syeikh [[Osama bin Laden]] menyatakan bahawa serangan bom Bali adalah sebagai pembalasan langsung keatas sokongan [[Amerika Syarikat]] keatas 'War on Terror' serta peranan [[Australia]] dalam pemisahan [[Timor Timur]] dari Indonesia.