Perbezaan antara semakan "Petrol"

3,475 bait ditambah ,  12 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
'''Petrol''' atau '''gasolin''' adalah campuran [[cecair]] [[minyak bahan api|bahan api]] yang diperolehi daripada [[petroleum]] yang terdiri terutamanya daripada [[hidrokarbon]] alifatik dan ditambah dengan hidrokarbon aromatik seperti [[toluena]], [[benzena]] atau [[iso-oktana]] untuk meningkatkan [[nilai oktana]], digunakan secara meluas sebagai bahan api bagi [[enjin pembakaran dalaman]]. Formula lazim bagi petrol ialah C<sub>8</sub>H<sub>18</sub>.
{{Wiktionarypar|gasoline}}
 
==Sejarah==
===Penggunaan awal===
Sebelum [[enjin pembakaran dalaman]] dicipta pada pertengahan abad ke-19, minyak petrol dijual di dalam botol kecil sebagai rawatan terhadap [[kutu]] dan telurnya. Pada masa tersebut, perkataan ''Petrol'' merupakan satu [[cap dagangan]]. Rawatan sebegini tidak lagi digunakan berikutan risiko [[kebakaran]] dan [[dermatitis]]
 
Di A.S., petrol juga dijual sebagak cecair pembersih kesan minyak dan gris pada baju. Sebelum stesen minyak didirikan, pemandu kereta membeli minyak petrol di dalam tin untuk mengisi tangki minyak mereka.
 
Nama ''gasolin'' pada masa tersebut merujuk kepada satu lagi hasil petroleum iaitu [[petrolatum]], yang diniagakan dengan nama ''[[Vaseline]]''. Cap dagangan ''Gasoline'', walau bagaimanapun, tidak pernah didaftarkan, maka ia menjadi istilah umum. Petrol juga digunakan di dapur serta sebagai bahan api pelita dan dapur mudah alih.
 
Semasa [[Perang Franco-Prussia]] (1870–1871), ''pétrole'' dikumpulkan di [[Paris]] untuk kegunaan bagi menentang serangan [[Prussia|Jerman-Prussia]] di bandar raya berkenaan. Lama kemudian pada tahun 1871, semasa revolusi [[Paris Commune]], khabar angin tersebar di serata bandar raya mengenai ''[[pétroleuses]]'', perempuan yang menggunakan [[bom petrol]] untuk menyebabkan kemusnahan di bangunan-bangunan.
 
===Etimologi===
Perkataan "gasolin" diperoleh pada tahun 1865 daripada perkataan [[gas]] dan imbuhan akhiran kimia [[-ina]]/-ena. Ejaan moden perkataan tersebut mula digunakan pada tahun 1871. Bentuk pendek "gas" mula direkodkan penggunaannya dalam [[Bahasa Inggeris]] Amerika pada 1905.<ref>[http://www.etymonline.com/index.php?search=gasoline Online Etymology Dictionary<!-- Bot generated title -->]</ref>
Asalnya gasolin merujuk kepada mana-mana [[minyak bahan api]] bagi [[enjin petrol]]; bahan api [[metanol]] juga telah dianggap sebagai gasolin.<ref>[http://www.window.state.tx.us/taxinfo/audit/motorfue/glossary.htm Motor Fuels Tax Audit Procedures Manual - Ch 153 - Glossary<!-- Bot generated title -->]</ref>
 
Istilah "petrol" mula digunakan bagi merujuk kepada hasil penapisan minyak seawal tahun 1892 (sebelum ini ia merujuk kepada petroleum belum bertapis), dan telah didaftarkan sebagai cap dagangan oleh peniaga British Carless, Capel & Leonard hasil cadangan [[Frederick Richard Simms]].<ref>[http://www.petrochemcarless.com/docs/about_us_history.htm Petrochem Carless :: History<!-- Bot generated title -->]</ref> Walaupun ia tidak pernah didaftar secara rasmi, pesaing Carless menggunakan istilah "Motor Spirit" sehingga dekad 1930-an.<ref>[http://www.etymonline.com/index.php?search=petrol] [http://www.chrysler-restorers-sa.org.au/crcmag154.pdf]</ref> Ada yang mengatakan perkataan tersebut diceduk oleh [[Edward Butler (perekacipta)|Edward Butler]] pada tahun 1887.<ref>{{Citation | title=Keeping track: All fired up about `petrol' | newspaper=[[Daily Telegraph]] | year=2002 | date=2002-02-01 | url=http://www.telegraph.co.uk/motoring/main.jhtml?xml=/motoring/2002/02/01/emrdron02.xml }}</ref>
 
Di [[Jerman]] dan beberapa negara Eropah lain, petrol dipanggil sebagai ''Benzin'' ([[Bahasa Jerman|Jerman]]), ''Bensin'' ([[Bahasa Sweden|Sweden]]), ''Benzyna'' ([[Bahasa Poland|Poland]]) dan beberapa varian lain. Penggunaannya tidak merujuk kepada [[Bertha Benz]], yang menggunakan kedai bahan kimia untuk membeli petrol bagi pemanduannya dari [[Mannheim]] ke [[Pforzheim]] pada tahun 1888, tetapi merujuk kepada bahan kimia [[benzin]].
 
== Kandungan tenaga ==
5,845

suntingan