Gunung Telapak Buruk: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 35:
Sebuah bangkai pesawat pengebom B-24 dilaporkan dijumpai di gunung tersebut. pesawat pengebom RAF B-24 Liberator (KL654R) yang membawa lapan kru berlepas dari [[Kepulauan Cocos]], Australia dalam satu misi pembekalan semula (''resupply'') pasukan [[Force 136]]. Namun pesawat itu dilaporkan tidak tiba di lokasi yang telah ditetapkan dan seminggu kemudian, pesawat itu dilaporkan terhempas pada 23 Ogos 1945 ketika [[Perang Dunia Kedua]].
 
Sebahagian bangkai pesawat malang itu ditemui pada 1996 di Negeri sembilan sebelum ‘pencarian rasmi’ dilakukan pada 22 Disember 2006. Tiga tahun kemudian, [[ekskavasi]] yang dilakukan pada 29 Ogos 2009 menemui 80 cebisan tulang kru pesawat tersebut. Kesemua cebisan tulang itu telah diserahkan kepada Penasihat Pertahanan Tentera British, Kapten Kenneth Taylor dan disemadikan di Commonwealth[[Tanah MilitaryPerkuburan Cemetery,Tentera Komanwel]] Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2012, sambil disaksikan oleh waris dan ahli keluarga kru terlibat.<ref>[http://www.utusan.com.my/rencana/b24-liberator-kl654-berkecai-di-langkap-1.152504 B24 Liberator KL654 berkecai di Langkap]</ref>
 
Gunung ini mempunyai [[hutan Dipterokarp Bukit]] dan [[hutan Dipterokarp Atas]]. Terdapat banyak flora di [[gunung]] ini yang mempunyai nilai perubatan.