Sheera Iskandar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 46:
Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada 2004 setelah bakatnya dicungkil oleh pelakon veteran terkenal, Datin [[Rosnani Jamil]]. Di bawah didikkan Rosnani atau lebih mesra dengan panggilan Mak Nani, Sheera membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem ''[[Bicara Hati (filem)|Bicara Hati]]'' bersama [[Nur Fazura]] dan [[Hanez Suraya]]. Filem inilah yang melancarkan kerjaya lakonan beliau serta Fazura dan Hanez.<ref>{{cite news |title=Bicara Hati|url=http://www.filemkita.com/filem/b/bicara_hati_01.html|publisher=Filemkita|access-date=28 Mac 2015}}</ref>
 
Pada tahun yang sama, beliau membuat kemunculan sulungnya di layar kaca menerusi drama ''[[Sembilu Kasih]]'' arahan Datuk [[Yusof Haslam]] dan seterusnya muncul dalam drama ''[[Janji Diana]]'' yang diadaptasi daripada [[Janji Diana|filem 2002 dengan judul sama]] lakonan [[Erra Fazira]], juga arahan Yusof. Pada 2005, beliau berlakon dalam dua filem &mdash; filem aksi ''[[KL Menjerit 1]]'' arahan Bade Hj. Azmi yang merupakan prekuel dari filem ''[[KL Menjerit]]'' dan filem drama romantik ''[[Sembilu 2005]]''.
 
Antara 2009 dan 2011, Sheera berlakon dalam siri drama ''[[Si Capik]]'' yang mana beliau memegang watak sebagai Syerin, isteri kepada Reza lakonan [[Zachery Francis]] atau lebih dikenali sebagai Zach X-Factor. Drama ini turut dibintangi oleh [[Erry Putra]], [[Hetty Sarlene]], ibunya [[Aznah Hamid]], [[Fathil Dani]], [[Raja Noor Baizura]], [[Aziz Singah]] dan [[Riz Amin]].