Perbezaan antara semakan "Bajingan"

5,464 bait ditambah ,  6 bulan lalu
Terjemahkan lebih maklumat.
k (Haziq Faruqi telah memindahkan laman Penjahat ke Bajingan: Perkataan ini dirakam dalam kamus dan buku istilah yang sedia ada, serta penggunaannya lebih sesuai dan tepat.)
(Terjemahkan lebih maklumat.)
 
 
== Etimologi ==
Menurut Kamus Dewan Bahasa, "''bajingan"'' datang dari Indonesia, yang datang daripada bahasa Jawa "''ꦧꦗꦶꦁ'' " (bajing)" yang bermaksud "tupai". Setelah itu, ia ditambahkan imbuhan akhiran "''-an"''.<ref>bajing. (2019, Oktober 4). ''[https://en.wiktionary.org/w/index.php?title=bajing&oldid=54665412 Wiktionary, The Free Dictionary]''. Dicapai 13:49, 5 Oktober 2020.</ref>
 
Manakala itu, perkataan ''penjahat'' datang daripada kata akar ''jahat'' yang diberi imbuhan awalan ''pen-''. ''Jahat'' pula datang daripada Melayik Purba ''*jahat'', daripada Melayu Polinesia Purba ''*zaqat''.<ref>jahat. (2020, September 18). ''[https://en.wiktionary.org/w/index.php?title=jahat&oldid=60421101 Wiktionary, The Free Dictionary]''. Dicapai 13:48, 5 Oktober 2020.</ref>
 
== Dalam sastera klasik ==
Dalam sastera klasik, watak bajingan kadangkala lain dengan watak bajingan dari zaman moden dan pascamoden kerana batas antara baik dan buruk mereka biasanya kabur. Sifat yang menyempadankan antara wira dan bajingan dalam sastera begini biasanya dibiarkan tidak jelas.<ref>{{cite news|url=https://www.telegraph.co.uk/books/what-to-read/greatest-villains-literature/|title=The greatest villains in literature|last=|first=|date=8 September 2017|newspaper=|accessdate=5 Oktober 2019|archive-url=|archive-date=|dead-url=|work=[[The Daily Telegraph]]|via=}}</ref>
 
William Shakespeare telah membentukkan tipa induk bajingan agar berdimensi tiga, bahawa nampak seperti manusia nyata, dan telah membuka laluan kepada sifat kompleks yang watak bajingan tunjukkan dalam sastera moden. Akan tetapi, perlambangan tokoh-tokoh sejarah dalam karya-karya Shakespeare dipengaruhi unsur-unsur propaganda daripada sumber-sumber [[Kerabat Tudor|Tudor]], dan hasil kerjanya kerap menunjukkan sikap berat sebelah ini dan mencemarkan reputasi mereka. Shakespeare pernah menggambarkan [[Richard III dari England|Richard III]] sebagai seekor raksasa hodoh yang menghancurkan keluarganya kerana busuk hati.<ref>{{cite journal|last1=Blakeney|first1=Katherine|date=2010|year=|title=Perceptions of Heroes and Villains in European Literature|url=http://www.inquiriesjournal.com/articles/119/perceptions-of-heroes-and-villains-in-european-literature|journal=Inquires Journal|volume=2|issue=1|pages=|accessdate=25 Mac 2019|via=}}</ref>
 
== Dalam kisah dongeng ==
 
=== Kisah dongeng Rusia ===
Dalam sebuah analisis [[Dongeng|kisah dongeng]] Rusia, Vladimir Propp menyimpulkan bahawa kebanyakan cerita hanya mempunyai lapan para pelaku, satu daripadanya ialah bajingan.<ref name="Propp">{{cite book|url=https://archive.org/details/morphologyoffolk00prop|title=Morphology of the Folk Tale|author1=Vladimir Propp|first=|date=1968|publisher=University of Texas Press|year=|isbn=0292783760|edition=2|location=|pages=|authorlink1=Vladimir Propp|accessdate=September 5, 2019|url-access=registration}}</ref>{{rp|79}} Analisis ini banyak diterapkan pada cerita-cerita yang bukan dari Rusia.
 
Perbuatan yang berada dalam lingkungan bajingan ialah:
 
* kejahatan yang mencetus cerita, di mana bajingan mendatangkan bahaya kepada wira atau keluarganya
* konflik antara wira dan bajingan, sama ada perseteruan atau pergelutan
* mengejar wira setelah dia berjaya memenangi perseteruan ataupun mendapatkan sesuatu daripada bajingan
 
Apabila suatu watak menunjukkan sifat-sifat ini, tidak semestinya ia trop kepada genre kisah dongeng, namun ia boleh menunjukkan watak yang lakukan jenis-jenis perbuatan tersebut ialah watak bajingan. Oleh yang demikian, bajingan boleh muncul dua kali dalam sebuah cerita untuk memenuhi sesetengah peranan: sekali dalam pembukaan cerita dan kali kedua sebagai orang yang dicari oleh wira.<ref name="Propp" />{{rp|84}}
 
Apabila suatu watak melakukan perbuatan atau menunjukkan sifat-sifat yang selari dengan analisi Vladimir Propp, watak itu boleh dilabelkan sebagai bajingan jati. Bajingan cerita rakyat dan kisah dongeng boleh memainkan pelbagai peranan yang berkuasa mencorak atau melangsungkan jalan cerita. Dalam kisah dongeng, bajingan boleh melakukan berbagai-bagai perkara yang berpengaruh; contohnya seorang ahli sihir yang berlawan dengan wira kemudian melarikan diri, dan benarkan watak wira mengejarnya, memainkan peranan "pembimbing" dan oleh itu bertindak sebagai pembantu kepada wira.<ref name="Propp" />{{rp|81}}
 
Propp juga mengusulkan dua lagi tipa induk kepada watak bajingan yang jahat secara umum. Yang pertama ialah wira palsu: Watak ini sentiasa jahat dan mendatangkan dakwaan palsu bahawa merekalah wiranya dan hal itu perlu disangkal untuk mencapai penamat yang bahagia.<ref name="Propp" />{{rp|60}} Contoh yang boleh dijumpai dalam cerita rakyat Malaysia ialah daripada filem [[Putih (filem)|''Putih'' (2001)]], di mana kakak tiri kepada Putih, iaitu Merah, mendakwa dirinyalah yang menyanyi dan telah menawan hati Putera Afdus.
 
Satu lagi peranan bajingan ialah pengirim, yang menghantarkan wira pergi mengembara. Pada permulaan cerita, permintaan bajingan mungkin nampak biasa dan tidak berbahaya namun niat sebenar pengirim mungkin sebenarnya mahu wira pergi mengembara dan tidak kembali selamanya.<ref name="Propp" />{{rp|77}}
 
Peranan dan pengaruh yang bajingan mampu ada ke atas sesebuah naratif boleh diturunkan kepada watak lain – bagi meneruskan peranan mereka dalam naratif tersebut melalui watak lain. Hasil usaha bajingan biasanya diwariskan menerusi pertalian darah (keluarga) atau pengikut setia. Contohnya, jika seekor [[naga]] memainkan watak bajingan tetapi dibunuh oleh wira, watak lain (misalnya kakak naga itu) boleh mengangkat kerja bajingan yang lepas itu dan cari wira untuk menuntut bela.<ref name="Propp" />{{rp|81}}
 
== Rujukan ==
[[Kategori:Antagonis mengikut peranan]]
346

suntingan