Perbezaan antara semakan "Johor"

51 bait dibuang ,  1 bulan lalu
k
Membalikkan suntingan oleh 2001:E68:540A:2DA8:1190:1B0D:73F5:95B1 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh EmpAhmadK
k (Membalikkan suntingan oleh 2001:E68:540A:2DA8:1190:1B0D:73F5:95B1 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh EmpAhmadK)
Teg: Undur
Di bawah perjanjian ini, Kepulauan Melayu dibahagikan di bawah dua bidang kuasa; Inggeris memperoleh keseluruhan Semenanjung Melayu manakala Belanda menyerahkan Melaka sebagai pertukaran untuk British dan mengambil keseluruhan Sumatera dan wilayah lain seperti Jawa yang terletak jauh di selatan. Di bawah pemerintahan British, keutamaan diberikan kepada pendidikan dan pembangunan serta pentadbiran diraja Johor sendiri telah diperbaharui di bawah monarki gaya Inggeris. Pendudukan tiga tahun oleh Jepun dalam [[Perang Dunia II]] menghalang permodenan. Selepas perang, Johor menjadi sebahagian daripada [[Malayan Union]] sementara sebelum diletakkan ke dalam [[Persekutuan Tanah Melayu]] dengan syarat-syarat tertentu dan memperoleh kemerdekaan sepenuhnya melalui persekutuan, dan seterusnya [[Malaysia]] pada 16 September 1963.
 
Johor mempunyai kepelbagaian pada sudut etnik, budaya dan bahasa. Negeri ini terkenal dengan tarian tradisional zapin. Ketua negeri adalah [[Sultan Johor]], sedangkan ketua kerajaan adalah [[Menteri Besar]]. Sistem kerajaan sangat dimodelkan daripada sistem parlimen Britain, dengan pentadbiran negeri dibahagikan kepada daerah-daerah pentadbiran. Sekaligus, Johor merupakan negeri pertama di Tanah Melayu yang mengamalkan sistem [[raja berperlembagaan]] seterusnya diikuti oleh negeri-negeri lain di Tanah Melayu ketika itu. Johor juga merupakan hanya negeri di Malaysia yang tidak menggunakan [[Tengkolok|destar]] sebagai alat pemakaian raja. Sebaliknya sultan menggunakan mahkota,[[songkok]] atau topi sebagai alat pemakaianya. Islam adalah agama negara pada Undang Tubuh Kerajaan Johor pada tahun 1895, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan secara bebas. Bahasa Melayu dialek Johor-Riau telah diterima sebagai bahasa rasmi untuk negeri sejak 1914 serta sebagai bahasa baku di seluruh Malaysia sehingga sekarang. Ekonomi adalah berdasarkan kepada perkhidmatan dan pembuatan.buto kau kene tipu jelah ngan wikipedia ahahahahaha
 
== Etimologi ايتيمولوݢي ==
47,712

suntingan