Perbezaan antara semakan "Seribu Rindu"

Saiz tidak berubah ,  1 tahun lalu
(Pengemasan.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
 
 
== Sinopsis ==
Mengisahkan percintaan tiga segi antara Irfan (Zul Ariffin (Irfan), Maisarah (Azira Syafinaz) dan Dr. Ariel (Fadlan Hazim). Cinta Maisarah dan Airel yang telah bersemai sejak zaman universiti lagi terhalang apabila, bapa Airel, Datuk Muiz merancang mahu menyatukan Ariel dan Damia, anak Datuk Sri Johari rakan perniagannya. Maisarah merasakan dirinya dipermainkan. Airel pula mempersoalkan tindakan ayahnya yang langsung tidak berbincang dengannya. Damia juga mempersoalkan perkara yang sama kepada DS Johari dia mahu mencari calon suami yang sealiran dengan kerjaya dia.
 
Maisarah kecewa lalu pulang ke kampung dan meluahkan rasa sedihnya kepada Tokma dan Irfan. Irfan rakan baiknya sejak kecil merupakan seorang Chef. Irfan sering berulang alik belajar memasak bersama Tokma, nenek kepada Maisara. Tidak mahu kehilangan Maisarah yang terus bersedih, Irfan membuat keputusan untuk melamar Maisarah di saat hubungan Maisarah dan Airel berantakan. Maisarah terkejut kerana dia tidak pernah menyangka Irfan yang sudah dianggap abang telah lama menaruh perasaannya.
Pengguna awanama