Iklan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
'''Iklan''' ({{lang-en|advertising}}) merupakan salah satu cara untuk [[Promosi|memperkenalkan]] serta [[Pemasaran|memasarkan]] [[Barangan (ekonomi)|barangan]] dan [[produk]], [[perkhidmatan]], peluang [[pekerjaan]], inspirasi dan [[maklumat]] [[Tajaan|bertajaan]] kepada [[masyarakat]] [[pengguna]] yang ingin disampaikan.<ref>Palupi, Dyah Hasto & Teguh Sri Pambudi. 2006. ''Advertising that sells.'' Jakarta: Gramedia Pustaka Utama.</ref> Ia dilihat sebagai sebahagian dari strategi promosi secara keseluruhan. Komponen lainnya dari promosi termasuk penghebahan, [[hubungan masyarakat]], [[penjualan]], dan [[promosi penjualan]]. Sejarah dan perkembanganya berkait rapat dengan penemuan terkini [[media massa]].
 
Kata "iklan" meminjam {{Lang-ar|إعلان|translit=i`lān}} hasil pengimbuhan kata kerja {{Rtl-lang|ar|أَعْلَنَ}} ''a`lana'' yang ditafsirkan bermaksud "menjadi sesuatu diketahui umum" (''make become publicly known'').<ref>{{Cite book|url=https://archive.org/stream/ArabicEnglishLexicon.CopiousEasternSources.EnlargedSuppl.Kamoos.Lane.Poole.1863/05.ArabicEnglLex.v1p5.let.15.16.17.18..Dad.Tad.Zad.Ayin..Lane.1874.1877.1893.#page/n426/mode/2up/search/reveal|title=أعلن|last=Lane|first=Edward William|work=Arabic-English Lexicon|publisher=Williams & Norgate|year=1863|isbn=|location=London|pages=2142}}</ref> Istilah ini diluaskan penggunaannya dalam Nusantara oleh Soedardjo Tjokrosisworo, wartawan dan editor Indonesia pada tahun 1951 menggantikan kata sedia ada seperti "advertensi" (serapan bahasa Belanda ''advertentie'').<ref>{{cite book|url=Rendra Widyatama|title=Pengantar Periklanan|place=Jogjakarta|publisher=Pustaka Book Publisher|year=2007|page=14}}</ref>
 
== Sejarah ==
Iklan tulis mula dikenali sejak zaman [[GreeceYunani purba]] kuno. Ketika itu, iklan mengandungi mengenai budak-budak yang melarikan diri dari tuannya atau mengenai penyelenggaraan perlawanan Gladiator[[gladiator]], pada masa ini iklan hanyalah berupa surat edaran. Beberapa masa selepas itu barulah muncul kaedah pengiklanan yang ditulis dengan tangan dan dengan kertas yang lebih besar di [[InggerisEngland]].
 
Revolusi [[percetakan]] dan penciptaan alat cetak oleh [[Johannes Gutenberg]] pada [[1440]] merupakan peristiwa paling penting dalam permulaan kegiatan periklanan di dunia. Revolusi dan penciptaan ini membolehkan penerbitan iklan massa dalam bentuk poster bercetak, iklan akhbar, helaian dan bil. Iklan poster bercetak yang pertama diterbitkan pada 1472. Sementara iklan akhbar yang pertama muncul di [[London]] pada [[1625]]; iklan pertama yang dicetak di [[Inggeris]]England ditemui pada [[surat khabar]] Imperial Intelligencer [[Mac]] [[1648]]. Akhbar-akhbar harian awal seperti Daily Courant, Revue, Examiner, Tatler dan Spectator di Barat menyiarkan pelbagai iklan barangan termasuk iklan kopi, coklat, teh, ubat-ubatan serta iklan peribadi.
 
Iklan pertama di [[Amerika Syarikat]] muncul pada [[1704]] dalam Boston Newsletter, manakala agen periklanan yang pertama ditubuhkan oleh Volney Palmer di [[Massachusetts]]. Beliau membeli ruang-ruang iklan daripada pemilik-pemilik akhbar pada kadar potongan dan kemudiannya menjual ruang-ruang itu kepada pengiklan dengan harga yang lebih tinggi. Pada waktu itu, para pengiklan biasanya menyediakan iklan mereka sendiri.
 
Pada [[1890]], syarikat N. W. Ayer & Son di [[Philadelphia]] menawarkan perkhidmatannya kepada para pengiklan sepertimana yang dilakukan oleh agensi-agensi periklanan masa kini. Manakala majalah pertama yang menerbitkan iklan ialah Southern Messenger pada Julai [[1844]]. Pada 1848, Cyrus H.K. Curtis mengasaskan majalah Ladies Home Journal yang begitu bergantung kepada iklan untuk membiayai kos penerbitannya.
 
Pada [[1920]], iklan [[radio]] mula disiarkan di [[Pittsburgh]], [[Pennsylvania]], manakala iklan TV pertama kali disiarkan pada [[1941]]. TV warna mula diperkenalkan pada 1955 dan iklan TV menjadi semakin penting kerana keupayaan [[televisyen]] menarik para penonton di rumah.
 
Sehingga dekad 1850-an, di Eropah iklan belum sepenuhnya dimuatkan di surat khabar. Kebanyakan masih berupa risalah. Iklan majalah pertama muncul dalam majalah Harper tahun [[1864]].<!-- == Iklan yang diharamkan ==