Iklan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
'''Iklan''' ({{lang-en|advertising}}) merupakan salah satu cara untuk [[Promosi|memperkenalkan]] serta [[Pemasaran|memasarkan]] [[Barangan (ekonomi)|barangan]] dan [[produk]], [[perkhidmatan]], peluang [[pekerjaan]], inspirasi dan [[maklumat]] [[Tajaan|bertajaan]] kepada [[masyarakat]] [[pengguna]] yang ingin disampaikan.<ref>Palupi, Dyah Hasto & Teguh Sri Pambudi. 2006. ''Advertising that sells.'' Jakarta: Gramedia Pustaka Utama.</ref> Ia dilihat sebagai sebahagian dari strategi promosi secara keseluruhan. Komponen lainnya dari promosi termasuk penghebahan, [[hubungan masyarakat]], [[penjualan]], dan [[promosi penjualan]]. Sejarah dan perkembanganya berkait rapat dengan penemuan terkini [[media massa]].
 
Kata "iklan" meminjam {{Lang-ar|إعلان|translit=i`lān}} hasil pengimbuhan kata kerja {{Rtl-lang|ar|أَعْلَنَ}} ''a`lana'' yang ditafsirkan bermaksud "menjadi sesuatu diketahui umum" (''make become publicly known'').<ref>{{Cite book|url=https://archive.org/stream/ArabicEnglishLexicon.CopiousEasternSources.EnlargedSuppl.Kamoos.Lane.Poole.1863/05.ArabicEnglLex.v1p5.let.15.16.17.18..Dad.Tad.Zad.Ayin..Lane.1874.1877.1893.#page/n426/mode/2up/search/reveal|title=أعلن|last=Lane|first=Edward William|work=Arabic-English Lexicon|publisher=Williams & Norgate|year=1863|isbn=|location=London|pages=2142}}</ref> Istilah ini diluaskan penggunaannya dalam Nusantara oleh Soedardjo Tjokrosisworo, seorang wartawan dan editor akhbar Indonesia pada tahun 1951 menggantikan kata sedia ada seperti "advertensi" (serapan bahasa Belanda ''advertentie'').<ref>{{cite book|urlauthor1=Rendra Widyatama|title=Pengantar Periklanan|place=Jogjakarta|publisher=Pustaka Book Publisher|year=2007|page=14}}</ref>
 
== Sejarah ==
Baris 46:
 
== Jenis mengikut media ==
Iklan secara asasnya boleh disampaikan menggunakan sebarang media. Tampalan kertas atau [[kain rentang]] berisi maklumat mengenai perkhidmatan atau barangan yang sedang dijual atau dihebahkan sudah dikira mengiklan.
 
=== Iklan kaedah lama (''traditional advertising'') ===
* '''[[Cetakan]]''' - melibatkan pengiklanan pada sebarang media yang [[pencetakan|dicetak]] seperti [[surat khabar]] atau [[majalah]] yang boleh dibeli dan dibaca. Ia boleh meliputi lingkungan yang luas (misalnya suatu akhbar liputan negara) mahupun terhad (misalnya majalah sesuatu [[hobi]]). Ada juga ruang khas yang disediakan dalam terbitan-terbitan ini untuk tujuan mengiklan secara bertulis dengan bayaran dikira pada setiap rangkap kata iaitu [[iklaneka]].
* '''Paparan luar''' - [[Papan iklan]] dan [[sepanduk]] merupakan contoh paling biasa digunakan untuk mengiklan di kawasan mudah lalu lalang orang seperti di jalan raya. Namun, ada juga yang menggunakan kapal udara dan pesawat yang boleh diterbangkan sambil membawa hebahan iklan ini.
* '''[[Radio]]''' - iklan disiarkan dalam suatu [[stesen radio|stesen]] atau rangkaian radio yang dibayarkan pada suatu kadar khas untuk setiap slot dan waktu [[penyiaran|siaran]] diingini. Iklan jenis ini boleh disertakan dengan suatu bait muzik menarik perhatian iklan iaitu ''[[jingle]]''.
* '''[[Televisyen]]''' - pendekatan sama seperti sebelumnya tetapi melalui [[stesen televisyen]]. Ia mampu memakan kos yang sangat mahal lagi-lagi untuk iklan yang didasarkan pada waktu puncak banyak orang yang dijangka menonton seperti sesuatu perlawanan mahupun musim perayaan. Terdapat suatu jenis iklan ini yang dibikin khusus menyerupai [[rancangan televisyen]] biasa disebut ''infomercial''.
 
=== Iklan menerapkan media baru ===
Iklan jenis ini menerapkan [[Internet]] dan [[Jaringan Sejagat]] sebagai bahan perantara maklumat benda yang ingin diiklankan serta menarik pelanggan baharu.
== Lihat juga ==
* [[Pemasaran Internet]]