Perbezaan antara semakan "Tengku Abdul Aziz bin Tengku Mohd Hamzah"

Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
 
== Kehidupan ==
Tengku Abdul Aziz diputerakan di Kota Bharu, Kelantan pada 10 September 1933. Beliau merupakan anakanda kepada Menteri Besar Kelantan yang ke-12, Almarhum Tengku Sri Maharaja Tengku Muhammad Hamzah bin Almarhum Raja Dewa Tengku Zainal Abidin dan Nik Zainab binti Nik Ali. Beliau juga merupakan ayahanda saudara dan biras kepada Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid.<ref>https://www.royalark.net/Malaysia/kelant7.htm Butiran Tengku Abdul Aziz</ref>
 
Pada 22 Januari 1960, Tengku Abdul Aziz berkahwin dengan Dato' Tengku Merjan iaitu anakanda kepada Sultan Kelantan yang ke-27, Almarhum Sultan Yahya Petra dan Almarhumah Raja Perempuan Zainab II. Beliau telah dikurniakan dengan tiga orang putera dan seorang puteri iaitu YBM Tengku Tan Sri Dato' Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz (Tengku Temenggong Kelantan), YM Tengku Ramizan binti Tengku Abdul Aziz, YM Tengku Mohamad Rizal bin Tengku Abdul Aziz dan YM Datuk Tengku Mohamad Ridzman bin Tengku Abdul Aziz.