Perbezaan antara semakan "Sheera Iskandar"

Saiz tidak berubah ,  1 bulan lalu
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
 
==Kehidupan dan kerjaya==
Sheera dilahirkan sebagai Tengku Shaheera Ilani binti Tengku Iskandar pada 18 April 1985 di [[Kota Bharu]], [[Kelantan]]. Beliau merupakan anak sulung daripada tiga beradik kepada pelakon [[Aznah Hamid]] dan YM Tengku Iskandar Bin YBM Tengku Long Ahmad (Tengku Panglima Raja) binBin YBM Tengku Long Abdul Ghaffar (Tengku Temenggong) Ibni DYMM Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah), seorang kerabat diraja Kelantan.
 
Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada 2004 setelah bakatnya dicungkil oleh pelakon veteran terkenal, Datin [[Rosnani Jamil]]. Di bawah didikkan Rosnani atau lebih mesra dengan panggilan Mak Nani, Sheera membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem ''[[Bicara Hati (filem)|Bicara Hati]]'' bersama [[Nur Fazura]] dan [[Hanez Suraya]]. Filem inilah yang melancarkan kerjaya lakonan beliau serta Fazura dan Hanez.<ref>{{cite news |title=Bicara Hati|url=http://www.filemkita.com/filem/b/bicara_hati_01.html|publisher=Filemkita|access-date=28 Mac 2015}}</ref>