Fimie Don: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 22:
Fimie satu-satunya orang yang telah berjaya menjadi pengacara bagi rancangan bual bicara secara langsung yang dikenali sebagai [[Nasi Lemak Kopi O]] selama dua tahun setengah, di samping menjadi pengacara bagi Adik di 9 dan kini diberi kepercayaan sekali lagi oleh pihak TV9. Lantaran percayakan bakat yang ada pada Fimie Don, beliau diberi peluang menjadi pembaca berita untuk Berita Adik yang disiarkan di TV9 pada setiap hari dari jam 2.28 minit petang
 
Pelakon watak utama dalam filem Sereem arahan [[Bob Singah]] pada tahun 2008. Akan tetapi, hingga kini filem tersebut masih tidak dapat ditayangkan. Beliau kini diberi peluang lagi oleh KRU dalam filem keluaran arahan [[Edry Abdul Halim]] bertajuk [[Magika]] dengan diberi watak utama bersama [[Diana Danielle]], [[Mawi]], [[Ziana Zain]], [[M. Nasir]] serta pelakon lain. Dengan bakat yang dimiliki beliau, beliau diberi lagi kepercayaan oleh Pengarah terkenal Prof. Dr. [[Hatta Azad Khan]] untuk membawa watak utama dalam filem [[Senario Asam Garam]] terbitan MIG. Kemudian dalam pencarian watak utama kanak-kanak dalam filem CE1 terbitan Hes Communication, Fimie Don telah ditawarkan watak tersebut dan pada tahun 2011 telah dijemput sekali lagi oleh MIG bawah arahan Ahmad Idham untuk filem aksi terbaik untuk 2012 bertajuk [[8 Jam]] dengan membawa watak [[Shaheizy Sam]] semasa kecil yang bernama Alang. Pada tahun yang sama juga, Fimie Don sekali lagi ditawarkan watak Shaheizy Sam semasa kecil untuk filem [[S.A.MSAM: Saya Amat Mencintaimu|S.A.M]] arahan pengarah termuda [[Syafiq Yusof]] anak kepada Dato [[Yusof Haslam]]. Filem 8 Jam berada di pawagam pada 5 Julai 2012 manakala S.A.M pada Hari Raya pertama 2012.
 
Drama Bong terbitan Ace Mation telah memberi peluang kepada Abang Fimie Don memulakan episodnya untuk pertama kalinya di TV9 di samping beliau mendapat tawaran daripada Filem Scape untuk terlibat dalam Astro Ceria sebagai watak utama dalam drama [[Hikayat Putera Shazlan]] yang mengisahkan Shazlan bersama buku istimewanya yang telah menaikkan nama dan memperkenalkan beliau kepada ramai pengarah dan penerbit. Beliau sekali lagi mendapat tawaran daripada Global Station membawa watak utama dalam drama bertajuk Surat untuk Amin yang bersiaran di TV9. Beliau semakin mendapat tawaran-tawaran bagi drama, iklan, filem dan program secara langsung di TV9 iaitu Nasi Lemak Kopi O sebagai pengacara bersama setiap hari Sabtu dari pukul 8 sehingga 10 pagi. Beliau juga merupakan pengacara Berita Adik di TV9. Kini, Fimie Don telah menamatkan program Nasi Lemak Kopi O dan Berita Adik untuk memberi laluan sepenuhnya bagi pengacaraan terbaharu di RTM2 untuk Kids On 2 yang disiarkan setiap hari Jumaat dari jam 7 sehingga 11 pagi.