Fimie Don: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 26:
Drama Bong terbitan Ace Mation telah memberi peluang kepada Abang Fimie Don memulakan episodnya untuk pertama kalinya di TV9 di samping beliau mendapat tawaran daripada Filem Scape untuk terlibat dalam Astro Ceria sebagai watak utama dalam drama [[Hikayat Putera Shazlan]] yang mengisahkan Shazlan bersama buku istimewanya yang telah menaikkan nama dan memperkenalkan beliau kepada ramai pengarah dan penerbit. Beliau sekali lagi mendapat tawaran daripada Global Station membawa watak utama dalam drama bertajuk Surat untuk Amin yang bersiaran di TV9. Beliau semakin mendapat tawaran-tawaran bagi drama, iklan, filem dan program secara langsung di TV9 iaitu Nasi Lemak Kopi O sebagai pengacara bersama setiap hari Sabtu dari pukul 8 sehingga 10 pagi. Beliau juga merupakan pengacara Berita Adik di TV9. Kini, Fimie Don telah menamatkan program Nasi Lemak Kopi O dan Berita Adik untuk memberi laluan sepenuhnya bagi pengacaraan terbaharu di RTM2 untuk Kids On 2 yang disiarkan setiap hari Jumaat dari jam 7 sehingga 11 pagi.
Daripada seorang model iklan, beliau mula terjebak dalam persenian sejak usia 9 dan menjadi pelakon ketika berusia 8 tahun. Kemudian, beliau melangkah pula menjadi seorang pengacara pada usia 13 tahun dan kini melangkah setapak lagi menjadi seorang penyanyi dan memiliki single dengan dua lagu pada usia 14 tahun dan pada usia 15 tahun, telah memiliki single ke-2 bertajuk "Bila Ku Di Mercu". Lagu "Untuk Mama & Papa" telah pun berkumandang di semua corong radio-radio dan televisyen. Lagu tersebut telah menjadi lagu tema bagi Hari Ibu 1 Malaysia yang telah dipersembahkan di hadapan Dato' Shahrizat. Tambahan lagi, lagu "Untuk Mama & Papa" telah berjaya memasuki Muzik-Muzik. Fimie diberi kepercayaan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menjadi pengacara bersama untuk menjayakan program "Pelancaran Pencarian Duta Kecil Kuala Lumpur 2010" dan telah melaksanakan tugasnya di hadapan [[Siti Hasmah Mohamad Ali|Tun Sri Siti Hasmah Mohd Ali]], Yg Bhg Datuk Ahmad Fuad bin Ismail, Datuk Bandar Kuala Lumpur. Lagu Mama & Papa dipilih untuk menjadi lagu tema dalam drama Cucu Seorang Primadona siaran RTM, manakala single keduanya pula dipilih untuk menjadi lagu tema dalam drama Kelab WOW di TV9. Fimie Don juga menggunakan suaranya sendiri untuk OST filem Magika bersama KRU dan menjadi suara latar untuk lagu "Bangun Semula" nyanyian Alif AF8 yang juga hasil penggubah Edry Abdul Halim daripada KRU.
 
Pada tahun 2010, Fimie mengurangkan semua pengambaraan kerana memberi laluan kepada pelajarannya bagi menduduki peperiksaan UPSR.