Kelantan: Perbezaan antara semakan

3 bait ditambah ,  1 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Sejarah awal Kelantan tidak begitu jelas, tetapi penemuan [[arkeologi]] menunjukkan bukti Kelantan sebagai petempatan manusia di [[zaman prasejarah|zaman prasejarah.]]<ref>https://books.google.com.my/books?id=fiTzg88b0X4C&pg=PA21&lpg=PA21&dq=penemuan+penempatan+awal+di+kelantan&source=bl&ots=YcpMGrT2a1&sig=BdVPKJdusnQQ8OWPQsdl5o3_SXQ&hl=ms&sa=X&ved=2ahUKEwjxh_b27-3cAhWOfH0KHVusB0o4ChDoATAAegQIABAB#v=onepage&q=penemuan%20penempatan%20awal%20di%20kelantan&f=false</ref><ref>http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/kelantan/khazanah-sejarah-tersembunyi-1.265488</ref> Kelantan awal mempunyai perhubungan dengan Empayar [[Funan]], [[Empayar Khmer]], [[Empayar Srivijaya|Srivijaya]], [[Majapahit]] dan [[Thailand|Siam]].<ref>https://books.google.com.my/books?id=4ZBvBgAAQBAJ&pg=PT46&lpg=PT46&dq=Early+Kelantan+had+links+to+the+Funan+Kingdom,+the+Khmer+Empire,+Sri+Vijaya,+Majapahit+and+Siam&source=bl&ots=HqoWjr44eU&sig=_5o9oCbexBtD0Ikk6JWZjf2xrMw&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwiCwfvZ--3cAhWPWX0KHRmCB8IQ6AEwBHoECAYQAQ#v=onepage&q=Early%20Kelantan%20had%20links%20to%20the%20Funan%20Kingdom%2C%20the%20Khmer%20Empire%2C%20Sri%20Vijaya%2C%20Majapahit%20and%20Siam&f=false</ref><ref>http://www.penerangan.gov.my/kelantan/index.php/bm/maklumat/info-negeri/sejarah-negeri</ref> Kira-kira [[1411]], Raja Kumar, [[raja]] Kelantan, membebaskan negeri itu dari Siam. Beliau memakai gelaran Sultan Iskandar Shah apabila memeluk Islam. Kelantan kemudian menjadi sebuah pusat [[perdagangan]] yang penting pada akhir [[abad ke-15]].
 
Pada [[1499]], Kelantan telah menjadi negeri asalbawahan [[Kesultanan Melaka]].<ref>https://ir.unimas.my/19842/1/Seni%20ukir%20keris%20di%20negeri%20Kelantan%20(24%20pages).pdf</ref> Dengan [[Kesultanan Melaka#Sultan Mahmud Shah|kejatuhan Melaka]] pada [[1511]], Kelantan dibahagikan dan diperintah oleh ketua-ketua kecil. Dengan ancaman oleh Siam pada [[1603]], kebanyakan ketua kecil Kelantan bernaung di bawah [[Persekutuan Pattani Besar]]. Kerajaan pusat di [[Pattani]] membahagikan [[Kelantan]] kepada 4 wilayah iaitu [[Kelantan Timur]], [[Kelantan Barat]], [[Legeh]] dan [[Ulu Kelantan]]. Kira-kira [[1760]], seorang putera raja Kelantan Barat berjaya dalam penyatuan wilayah Kelantan sekarang. Tidak lama kemudian, pada [[1764]], [[Long Yunus]] iaitu putera raja [[Kelantan Timur]], anak [[Long Sulaiman]] berjaya merampas takhta kerajaan dan mengisytiharkan diri sebagai Raja Kelantan. Walau bagaimanapun, dengan kemangkatannya, Kelantan dipengaruhi oleh [[Terengganu]].
 
Pada [[1800]], [[Raja Muhammad]] mengisytiharkan diri sebagai [[sultan]] pertama Kelantan. Pada [[1812]], baginda melepaskan diri daripada pengaruh Terengganu dan menjadi negara [[ufti]] Siam yang berasingan. Pada [[1820-an]], Kelantan merupakan salah satu daripada negeri yang terbanyak penduduk serta termakmur di [[Semenanjung Malaysia|Semenanjung Tanah Melayu]] kerana berjaya mengelakkan perang dan pertikaian yang menimpa negeri-negeri di selatan dan barat. Siam terus memainkan peranan yang mustahak di Kelantan pada seluruh [[abad ke-19]].