Fazley Yaakob: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
CyberTPBOT2 (bincang | sumb.)
k pengemasan, replaced: Kerna → kerana
Baris 27:
Dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan pada 18 April 1978, Fazley merupakan anak kepada pengendali Putrade Malaysia{{fact}}, Datuk Yaakob Mohammad dan Datin Umi Kalsom Abdol Latib dan dibesarkan oleh keluarganya di beberapa tempat seperti [[Jakarta]], [[Los Angeles]] dan [[Kuala Lumpur]]. Beliau bersekolah di Jakarta International School, Indonesia (tadika), Vermont Avenue School, Los Angeles, Amerika Syarikat (sekolah rendah) sebelum pulang ke tanah air dan bersekolah di Sekolah Rendah (SK) Jalan Peel, Cheras, Kuala Lumpur dan St Johns Institution, Kuala Lumpur (sekolah menengah). {{fact}}
 
Ketika di St. Johns beliau aktif dalam aktiviti kebudayaan dan nyanyian dan mendapat tawaran rakaman album oleh Musicland Entertainment pada usia 17 tahun <ref>http://khazanah-muzik.blogspot.com/search/label/Fazley</ref>. Setelah muncul dengan album pertama pada tahun 1995 yang tidak begitu mendapat sambutan, beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Taylor's Kuala Lumpur. Setelah itu BMG Music menawarkan kontrak rakaman untuk album kedua yang berjudul ''Impian Yang Nyata'' (1996). Namun promosi album ini tergendala kerana Fazley mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di Victoria University of Wellington, New Zealand dan sarjana di Institute of Technology Australia (IOTA), Australia. Beliau pulang kembali ke tanahair pada tahun 2000<ref>http://anizyn.blogspot.com/2014/02/biodata-dan-trivia-datuk-dr-fazley.html</ref>.
 
Album ketiganya yang berjudul ''Asmara Ini'' terbitan Warner Music pada tahun 2001 menjadi titik mula kemaraan beliau di persada seni apabila lagu hits ''Asmara Ini'' mendapat sambutan hangat di corong-corong radio. Album yang diterbitkan oleh komposer prolifik [[Ajai]] itu berjaya meletakkan Fazley sebaris dengan penyanyi-penyanyi popular lain. Pada tahun 2002, Fazley dicalonkan di [[Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002]] dalam kategori [[Penyanyi Lelaki Popular (ABPBH)|Penyanyi Lelaki Popular]]. Beliau sekali lagi dicalonkan dalam kategori tersebut pada tahun [[Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2004|2004]] apabila muncul dengan album ''Cerita Asmara''. Seiring itu juga beliau terjun ke dunia lakonan menerusi filem ''Gerak Khas The Movie II'' (2002), ''Janji Diana'' (2003) dan watak utama dalam ''Gila Bola'' (2003).
 
Beliau merupakan orang kuat dalam merealisasikan ''[[Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall, London]]'' pada tahun 2005 sebagai penerbit eksekutif. Pada tahun 2005 juga beliau muncul dengan album kelima berjudul ''Lain''. Pada tahun 2006 beliau menjadi salah seorang tenaga pengajar di [[Akademi Fantasia Musim 4]] dan selepas itu mula serius sebagai pakar motivasi apabila beliau memperoleh ijazah kedoktoran di Universiti Utara Malaysia (UUM). Pada tahun 2006, Fazley telah menikahi Azrene Soraya Abdul Aziz. Mereka dikurniakan 3 orang anak. Pada tahun 2012 beliau menjuarai program realiti masakan [[MasterChef Selebriti Malaysia]]. Kemenangan itu turut melayakkan Fazley untuk memenangi wang tunai sebanyak RM57,500 yang semuanya disalurkan ke Yayasan Jantung Malaysia yang diwakilinya dalam program realiti TV berkenaan<ref>http://www.hmetro.com.my/articles/MenukasihsayangFazley/Article</ref>.
Baris 42:
* ''Asmara Ini'' (2001, Warner)
* ''Cerita Asmara'' (2003, Warner)
* ''Lain'' (2005, Warner)
 
===Lagu dan single===
Baris 57:
* ''Bila April''
* ''Kerna Asmara''
* ''Biarkanlah''
 
==Filemografi==
Baris 90:
 
==Rujukan==
{{reflist}}
 
==Pautan luar==
Baris 98:
* {{Instagram|fazleyyaakob}}
 
[[Kategori: Penyanyi lelaki Malaysia]]
[[Kategori:Orang hidup]]
[[Kategori:Kelahiran 1978]]