Perbezaan antara semakan "Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra"

Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Pada 30 September 2010, Tengku Muhammad Fakhry Petra telah menerima surat pelucutan daripada majlis perajaan negeri Kelantan. Surat pelucutan itu dilakukan oleh Sultan Muhammad V, selaku Sultan Kelantan baharu yang juga kekandanya susulan kegeringan yang dihadapi Sultan Ismail Petra yang dirawat di Singapura.
 
Pada 18 Disember 2010 Tengku Muhammad Fakhry Petra memfailkan saman terhadap kekandanya itu, Setiausaha kerajaan negeri Kelantan, Mufti Kelantan, kerajaan Kelantan dan empat lagi kerabat diraja. Alasannya ialah Tengku Fakhry dilantik sebagai Tengku Temenggong Kelantan oleh bapanya.<ref>[http://malaysiakini.com/news/119961 Tengku Fakhry saman pemangku Sultan K'tan]</ref> Menurut Perlembagaan Negeri Kelantan, hanya [[Sultan Kelantan]] berhak melucutkan jawatan kerabat diraja dan mengubah kedudukan ahli di dalam majlis perajaan negeri Kelantan. BapanyaAyahanda melantik Tengku Muhammad Fakhry Petra pada 1997.
 
Tengku Mahkota merupakan pewaris utama takhta Kelantan tetapi kedaulatan pemerintahannya perlu disahkan oleh Majlis Perajaan. Tengku Bendahara merupakan pewaris kedua juga berhak mewarisi tahkta jika berlaku sebarang perkara di luar jangka. Tengku Mahkota Kelantan dipilih oleh majlis berdasarkan Artikel 22A [[Perlembagaan Kelantan]] semasa sultan sedang gering tenat dan tidak berupaya menghadiri hal ehwal kerajaan negeri. Biasanya perlantikan dan pelucutan adalah prerogatif diraja yang tidak boleh dibicarakan.