Sejarah Malaysia: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Penambahan maklumat daripada Bahasa Inggeris |
kTiada ringkasan suntingan |
||
Baris 6:
Walaupun kedatangan [[Islam]] di [[Tanah Melayu|Semenanjung Tanah Melayu]] telah berlaku seawal abad ke-10, Islam mula mengukuhkan kedudukannya di Tanah Melayu pada abad ke-14. Penerapan Islam pada abad ke-14 telah menyaksikan kebangkitan kesultanan-kesultanan, yang paling menonjol ialah [[Kesultanan Melayu Melaka]] dan [[Kesultanan Brunei]]. Islam sememangnya mempunyai pengaruh yang mendalam terhadap orang [[Etnik Melayu|Melayu]]. Pada tahun 1511, [[Melaka]] telah berjaya ditawan oleh [[Portugal|Portugis]] yang merupakan kuasa penjajah [[Eropah]] pertama yang mengukuhkan kedudukan mereka di Semenanjung Tanah Melayu dan [[Asia Tenggara]], diikuti dengan [[Belanda]] pada tahun 1641. Akhirnya, [[United Kingdom|British]] yang asalnya menubuhkan pangkalannya di [[Jesselton]], [[Kuching]], [[Pulau Pinang]] dan [[Singapura]], memperoleh [[hegemoni]] mereka di seluruh wilayah Tanah Melayu melalui [[Perjanjian Inggeris-Belanda 1824]]. Perjanjian tersebut menetapkan sempadan antara [[Tanah Melayu British]] dan [[Hindia Timur Belanda]] (yang menjadi [[Indonesia]]). Kemudian, [[Perjanjian Inggeris-Siam 1909]] pula menetapkan sempadan antara Tanah Melayu British dan [[Siam]] (yang menjadi [[Thailand]]). Fasa keempat pengaruh asing ialah kemasukan buruh-buruh dari negara [[China]] dan [[India]] untuk memenuhi keperluan ekonomi kolonial yang diciptakan oleh British di Semenanjung Tanah Melayu dan Borneo.
Pencerobohan [[Empayar Jepun|Jepun]] terhadap Tanah Melayu ketika [[Perang Dunia Kedua]] mengakhiri penguasaan British di Tanah Melayu sendiri setelah pentadbiran British di Singapura menyerah kalah secara rasmi kepada Jepun. [[Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak]] dari tahun 1942 hingga 1945 membakar semangat [[nasionalisme]] dalam kalangan penduduk tempatan (walaupun nasionalisme penduduk tempatan telah wujud sebelum Perang Dunia Kedua lagi ketika penjajahan British tetapi kebanyakannya digagalkan). Setelah Jepun berundur dari Tanah Melayu selepas dikalahkan oleh pihak [[Pihak Berikat]], [[Malayan Union]] ditubuhkan pada tahun 1946 oleh pentadbiran British tetapi ekoran daripada penentangan oleh etnik Melayu, penubuhan itu disusun semula sebagai [[Persekutuan Tanah Melayu]] pada tahun 1948 sebagai sebuah [[Negeri naungan|protektorat]] sehingga tahun 1957. Di Semenanjung Tanah Melayu, [[Parti Komunis Malaya]]
Kedudukan Malaysia di laluan laut yang strategik mendedahkannya kepada perdagangan global dan pelbagai budaya. Secara budaya dan bahasa, [[Malaysia]] dan [[Indonesia]] berkongsi ciri yang sama iaitu ciri-ciri masyarakat [[Melayu]] [[Nusantara]]. Dunia Melayu ataupun Nusantara terdiri daripada wilayah-wilayah [[Maritim]] yang luas iaitu [[Pattani (kawasan)|Pattani]], [[Kalimantan]], [[Sulawesi]], [[Tanah Melayu]], [[Tanah Jawa, Simalungun|Tanah Jawa]], [[Sumatera]], [[Sulu]] ([[Mindanao]]), [[Papua]], [[Timor]], [[Kemboja]] dan [[Pulau Kalimantan]].
|