Parti Melayu Semangat 46: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
EmpAhmadK (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
k Mengganti laman dengan ' Harziemabintichemohddaud == Lihat juga == * Senarai parti politik Malaysia * Politik Malaysia == Rujukan == {{reflist}} Kategori:Parti politik Malaysia'
Teg-teg: Menggantikan Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1:
{{Infobox_Parti_Politik
| party_name = Parti Melayu Semangat 46 (S46)
| colorcode = #00A86B
| party_logo = [[Fail:Logo Parti Melayu Semangat 46.svg|150px]]|
| presiden = [[Tengku Razaleigh Hamzah]]
| timbalanpresiden = [[Rais Yatim]]
| ketuapemuda = Yusoff Bin Awang Deraman (Tok Penghulu Yusof Pangkal Nering, Pulai Chondong)
| ketuawanita = Ustazah Hajah [[Nah Hassan]] (Ustazah Nah Penghulu Yusoff)
| ketuaputeri = Hajjah Rahman Osman
| foundation = [[1988]]-[[1996]]
| keahlian = [[Bumiputera]]
| ideologi = [[Nasionalisme Melayu]]
| dalamnegara = [[Angkatan Ummah]] dan [[Gagasan Rakyat]]
| ibupejabat = [[Kuala Lumpur]], [[Malaysia]]
| warna = [[Kuning]], [[Putih]], [[Hijau]]
| lamanweb = ''tiada, penggunaan internet langsung tidak popular di Malaysia pada zaman kewujudan parti ini''
|}}
 
Harziemabintichemohddaud
 
'''Parti Melayu Semangat 46''' atau '''Semangat 46''' (Singkatan: '''S46''') merupakan sebuah [[parti politik]] serpihan [[UMNO]]. S46 ditubuhkan pada tahun [[1988]] selepas kekalahan [[Tengku Razaleigh Hamzah]] menentang [[Mahathir bin Mohamad|Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad]] untuk jawatan Presiden [[UMNO]] dengan majoriti 43 undi. Selepas itu Tengku Razaleigh mendakwa UMNO dan memenangi kes ini, menyebabkan pendaftaran UMNO dilucutkan.
 
Selepas ini, Tengku Razaleigh menubuhkan Parti Semangat 46 bersama dengan [[Rais Yatim|Dato' Seri Utama Rais Yatim]]. Maksud "Semangat 46" ialah, meneruskan semangat penubuhan UMNO yang ada pada tahun [[1946]]. Manakala Datuk Seri Dr Mahathir menubuhkan UMNO Baru ketika itu, untuk menggantikan UMNO yang diharamkan sebelum itu.
 
Tengku Razaleigh mendakwa bahawa parti Semangat 46 ini ialah parti UMNO yang sebenar dan asal, manakala UMNO Baru yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir itu merupakan satu tiruan sahaja.
 
Parti Melayu Semangat 46 bekerjasama dengan [[Parti Islam Se-Malaysia|PAS]], [[Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia|BERJASA]], [[Parti Hizbul Muslimin Malaysia|HAMIM]], dan [[Kongres India Muslim Malaysia|KIMMA]] untuk menubuhkan [[Angkatan Perpaduan Ummah]] demi bertanding dalam [[Pilihanraya Umum Malaysia 1990]] dan [[Pilihanraya Umum Malaysia 1995]]. Namun setakat itu mereka cuma mampu memenangi kuasa pemerintahan negeri [[Kelantan]] di bawah pimpinan PAS di sana, pada tahun [[1990]]. Pada masa yang sama, S46 juga bekerjasama dengan [[Parti Tindakan Demokratik|DAP]], [[Parti Bersatu Sabah|PBS]], dan [[Parti Rakyat Malaysia|PRM]] untuk menubuhkan [[Gagasan Rakyat]] demi bertanding dalam Pilihanraya Umum 1990.
 
Selepas Semangat 46 dibubarkan pada bulan Mei [[1996]], [[Tengku Razaleigh Hamzah]] dan [[Rais Yatim|Dato' Seri Utama Rais Yatim]] menyertai [[UMNO]] Baru. Oleh sebab itu, Mahathir Mohamed menyeru PAS supaya mengikut jejak S46 dan menyertai UMNO demi menyatukan semula bangsa Melayu di bawah satu parti. Namun beberapa tokoh parti semangat 46 yang tidak bersetuju dengan penyertaan kembali parti ini ke dalam UMNO bertindak keluar parti. Surat bantahan telah diserahkan oleh Ketua Pemuda Semangat 46 iaitu Tuan Haji Yusoff Bin Awang Deramam kepada pemimpin UMNO ketika itu. Sokongan lebih 10,000 penyokong parti Semangat 46 kepada tindakan Ketua Pemuda mereka ini telah disusuli dengan tindakan mereka menyertai Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Beberapa cawanagan Semangat 46 telah menyertai parti PAS di Kelantan seperti di Parlimen Machang, Parlimen Nilam Puri dan Kota Bharu.
 
== Lihat juga ==