Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Nik Ahmad Ridhwan (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Manual revert Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
kTiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 103:
}}
 
'''Malaysia''' ([[Tulisan Jawi]]: مليسيا) secara rasminya '''Persekutuan Malaysia''' ialah sebuah negara [[raja berperlembagaan]] [[persekutuan]] di [[Asia Tenggara]] yang terdiri daripada [[Negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia|tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan]], yang menduduki bumi berkeluasan {{convert|329847|km2|sqmi|-1}}.<ref name="CIA Fact Book">https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/my.html</ref><ref name="Article 1. Constitution of Malaysia">{{Sourcetext|source=Perlembagaan Malaysia|chapter=|verse=Article 1 |range= }}</ref> Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit [[Laut China Selatan]], iaitu [[Semenanjung Malaysia]] dan [[Malaysia Timur|Borneo Malaysia]] (juga Malaysia Barat dan Timur).<ref name="CIA Fact Book" /> Malaysia berkongsi sempadan darat dengan [[Thailand]], [[Indonesia]], dan [[Brunei]]<ref name="CIA Fact Book" /> dan juga sempadan laut dengan [[Singapura]] dan [[Filipina]].<ref name="cies001">{{cite web|url=http://www.cies.org/country/malaysia.htm |title=Country Pages - Malaysia |accessdate=2010-09-06 |publisher=Council for International Exchange of Scholars |work=Country Pages}}</ref> Ibu negara Malaysia ialah [[Kuala Lumpur]], manakala [[Putrajaya]] merupakan pusat kerajaan persekutuan. Pada tahun 2009, Malaysia diduduki oleh 28 juta orang<ref name="statistics">{{cite web |url=http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=54%3Apopulation-updated-31072009&catid=35%3Akey-statistics&Itemid=53&lang=en |title=Population (Updated: 31 July 2009) |publisher=Jabatan Statistik Malaysia |accessdate=21 Jun 2010}}</ref> dan pada tahun 2017 dianggarkan telah mencecah lebih 30 juta orang.
 
Malaysia berakar-umbikan [[Kerajaan Melayu|Kerajaan-kerajaan Melayu]] yang wujud di wilayahnya dan menjadi taklukan [[Empayar British]] sejak abad ke-18. Wilayah British pertama di sini dikenali sebagai [[Negeri-Negeri Selat]]. Semenanjung Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai [[Tanah Melayu]] atau Malaya, mula-mula disatukan di bawah komanwel pada tahun 1946, sebelum menjadi [[Persekutuan Tanah Melayu]] pada tahun 1948. Pada tahun 1963, Tanah Melayu bersatu bersama dengan negara [[Sabah]], [[Sarawak]], dan [[Singapura]] bagi membentuk Malaysia. Pada tahun 1965, Singapura keluar dari persekutuan untuk menjadi negara kota yang bebas. Semenjak itu, Malaysia menikmati antara ekonomi yang terbaik di [[Asia]], dengan purata pertumbuhan [[keluaran dalam negara kasar]]nya (KDNK) kira-kira 6.5% selama 50 tahun pertama kemerdekaannya.<ref name="state.gov"/> Ekonomi negara yang selama ini dijana oleh sumber alamnya kini juga berkembang dalam sektor-sektor ukur tanah, [[sains]], kejuruteraan, pendidikan, pelancongan, perkapalan, perdagangan dan [[perubatan]].