Shah Alam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ejaan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
CyberTPBOT2 (bincang | sumb.)
k pengemasan, replaced: lebuhraya → lebuh raya (3)
Baris 24:
|area_total_sq_mi =
|area_total_km2 = 290.3
|population_total = 646 890 <ref name="popSA"> Laman Sesawang Rasmi MBSA : maklumat awan [http://www.mbsa.gov.my/maklumatawam], dicapai pada 11 November 2012.</ref>
|population_density_sq_mi =
|population_density_km2 =
Baris 47:
Shah Alam pada asalnya dikenali sebagai '''Batu 3/Sungei Renggam''', terletak di dalam dua daerah iaitu [[Petaling]] dan [[Klang]], pada suatu ketika dahulu adalah sebuah ladang [[kelapa sawit]] dan dikenali sebagai Sungai Renggam. Sungai Renggam dan Batu Tiga mula berkembang setelah [[British]] membina laluan [[kereta api]] dari Port Swettenham ([[Pelabuhan Klang]]) ke Bukit Kuda di [[Klang]] dan menghubungkannya dengan [[Kuala Lumpur]] pada tahun 1886.
 
Kedudukan Sungai Renggam adalah strategik kerana terletak di antara [[Petaling Jaya]] dan Bandar Diraja [[Klang]] serta dihubungkan melalui satu-satunya lebuhrayalebuh raya pada ketika itu iaitu Lebuhraya Persekutuan dan lokasinya yang berhampiran dengan laluan-laluan utama seperti Lebuhraya Persekutuan dan Jalan Klang Lama. Pembangunannya dilakukan di atas nasihat V. Antolic, Penasihat Perancangan Bandar [[Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu]].
 
Shah Alam yang pada ketika itu hanyalah ladang kelapa sawit dan [[hutan]] mula dibuka pada tahun 1963 bagi dimajukan untuk dijadikan pusat pentadbiran kerajaan Selangor yang baru bagi menggantikan [[Kuala Lumpur]]. Kuala Lumpur [[Perjanjian Penyerahan Kuala Lumpur|menjadi]] [[Wilayah Persekutuan]] secara rasmi pada tanggal 1 Februari 1974, yang kemudian tarikh 1 Februari disambut setiap tahun sebagai Hari Penubuhan Wilayah Persekutuan. Kebanyakan jabatan-jabatan kerajaan negeri Selangor yang sebelumnya berpusat di [[Bangunan Sultan Abdul Samad]], Kuala Lumpur <ref name="popSA2">Portal Rasmi Kerajaan Selangor : Sejarah Pejabat Setiausaha Kerajaan [http://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/99], dicapai pada 5 Februari 2014.</ref> mula berpindah ke Shah Alam, terutamanya setelah siapnya Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Pada [[7 Disember]] 1978, atas perkenan DYMM Sultan Selangor ketika itu iaitu Almarhum [[Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj]] Shah Alam diisytiharkan sebagai ibu negeri Selangor yang baharu. Malah nama 'Shah Alam' sendiri dipilih atas perkenan baginda.
 
Shah Alam pada mulanya diletakkan di bawah pentadbiran Shah Alam Town Board, sebuah agensi di bawah naungan PKNS. Setelah diisytiharkan menjadi ibu negeri, Shah Alam Town Board diserap menjadi Majlis Perbandaran Shah Alam dengan keluasan pentadbiranya pada ketika itu hanyalah 41.69 &nbsp;km persegi. Shah Alam mula berkembang dan mengalami beberapa siri perluasan kawasan sehinggalah yang terakhir berlaku pada 1 Januari 1997 (Melalui Pelan Warta 1190) yang menjadikan keluasannya bertambah menjadi 290.3 &nbsp;km persegi meliputi sehingga ke sebahagian Sungai Buloh. Ia dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi menyusun semula persempadanan Majlis Daerah [[Petaling]] yang pada ketika itu akan dinaiktaraf menjadi [[Majlis Perbandaran Subang Jaya|Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)]]. Bahagian zon selatan iaitu bermula dari Seksyen 26 hingga 28 yang berada dalam daerah [[Petaling]] serta dari Seksyen 25, 29 hingga 36 (Pelan Warta 1994) yang merupakan bahagian dalam daerah [[Klang]] diambil alih dari [[Majlis Perbandaran Klang]] manakala [[Kampung Bukit Lanchong]] dan [[Subang Hi-Tech Industrial Park]] (beserta sebahagian [[Batu Tiga]]) diserah kepada [[Majlis Perbandaran Subang Jaya|MPSJ]].
 
== Perluasan Kawasan ==
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melaui beberapa pelan pembangunan bagi perluasan kawasan seperti berikut: <ref>Rancangan Tempatan 2020 MBSA</ref>
* Pelan Perancangan Pembangunan 1963: membabitkan kawasasan seluas '''19.68''' km persegi (Sungai Renggam Estate menjadi Seksyen 1 -16).
* Pelan Struktur 1979: membabitkan kawasasan seluas '''41.69''' km persegi - pembangunan infrastruktur besar-besaran dan menyeluruh melibatkan perancangan untuk pembinaan Masjid Negeri, Taman Tasik. Pembinaan lebih banyak perumahan dan perluasan kawasan perindustrian (Seksyen 1- 16 dan Seksyen 17 -24).
* Pelan Perluasan 1984: membabitkan kawasasan seluas '''53.3''' km persegi (Seksyen 1 - 24) - pembesaran Seksyen 17 - 24 . Tidak tersenarai dalam Pelan: Seksyen 25 (MPK) dan Seksyen 26 - 28 (MDP).
* Pelan Warta 1994: mewartakan beberapa kawasan sekitar yang menggunakan dan tidak menggunakan poskod Shah Alam kedalam seliaan MPSA termasuk sebahagian kecil daerah Klang, membabitkan kawasasan seluas '''261.7''' km persegi (Seksyen 1 - 24, 29 - 36 dan U1 - U16).
* Pelan Warta 1190, 1997: menyusun semula persempadanan PBT melibatkan pertukaran kawasan [[Subang Jaya]] dari MPPJ ke MDP dalam daerah Petaling. Perluasan kawasan MPSA di utara dari MDP dan di selatan Shah Alam dari MPK. Pentadbiran oleh MPSA dari 1997 hingga kini membabitkan kawasasan seluas '''290.3''' km persegi (Seksyen 1 -28, 29 -36 dan U1 - U20).
 
==Pengisytiharan Sebagai Bandaraya Shah Alam==
 
Kepesatan pembangunan Shah Alam telah membawa kepada kenaikan taraf daripada Perbandaran kepada Bandaraya meskipun baru hanya 21 tahun dibuka. Pada 10 Oktober 2000, Shah Alam mencatakan sejarah setelah diisytiharkan secara rasmi sebagai Bandaraya dan Majlis Perbandaran Shah Alam bermula dari saat itu dikenali sebagai Majlis Bandaraya Shah Alam. Upacara gilang-gemilang dengan mengekalkan adat istiadat Melayu dilangsungkan penuh kemeriahan di Dataran Shah Alam. Y. Bhg. Dato' Haji Abu Sujak Haji Mahmud dilantik sebagai Datuk Bandar yang pertama. <ref name="popSA3">Laman Sesawang Rasmi MBSA : Penubuhan MBSA [http://www.mbsa.gov.my/ms/mbsa], dicapai pada 10 Januari 2014.</ref>
 
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersetuju dengan permohonan Kerajaan Negeri [[Selangor]] untuk menaikkan taraf Shah Alam sebagai sebuah Bandaraya setelah Bandar ini memenuhi kriteria – kriteria yang ditetapkan iaitu :
Baris 82:
Shah Alam mempunyai susunan dan struktur bandar yang serupa dengan [[Petaling Jaya]] atau [[Subang Jaya]] dengan kawasan perumahan memenuhi kebanyakan kawasan bandar raya (55.2&nbsp;km²) dan pusat-pusat komersial bertebaran di sekitar 'seksyen' yang berbeza. Shah Alam mempunyai sejumlah 56 seksyen. Umumnya Shah Alam boleh dibahagikan kepada utara, tengah, selatan dan sebahagian [[Sungai Buloh]]. Shah Alam utara terdiri dari 18 Seksyen termasuklah Seksyen U1, U2, Kampung Melayu Subang dan banyak lagi. Ia mengandungi kawasan coklat di sisi sebelah peta. Shah Alam Tengah adalah bahagian 'utama' di Shah Alam. Ia mengandungi Seksyen 1 sehingga Seksyen 24 yang dilihat dalam peta sebagai warna kuning. Dalam kawasan inilah di mana semua bangunan pentadbiran dan agensi terletak terutamanya di Seksyen 14 (Pusat Bandar Shah Alam) dan Seksyen 5 (Pusat pentadbiran kerajaan negeri). Bagaimanapun pembangunan yang dirancang khas untuk sekitar Seksyen 14 masih belum siap dan sedang rancak berjalan, ia dilaksanakan mengikut pelan pembangunan yang dirancang pada tahun 1996 oleh [[PKNS]] dan MBSA. Shah Alam selatan pula mengandungi 12 Seksyen termasuklah Seksyen 25(Sri Muda), Seksyen 30 ([[Jalan Kebun]]), Seksyen 31 ([[Kota Kemuning]]) dan Seksyen 32 ([[Bukit Rimau]]). Di kawasan ini juga ditempatkan beberapa buah kawasan perindustrian yang utama di Shah Alam terutamanya di Seksyen 26 yang menempatkan kilang milik [[Proton]]. Di dalam peta, Shah Alam selatan dilihat pada kawasan yang ditandai ungu muda.
 
Bandar raya ini mempunyai sebilangan pusat membeli belah (''Plaza Alam Sentral'', (juga dikenali sebagai PAS), ''SACC Mall'', ''Plaza Shah Alam'' (dulu dikenali sebagai Shah Alam Mall,juga dikenali sebagai Plaza Masalam), ''Ole-Ole Seksyen 18'', Anggerik Mall, ''Kompleks PKNS'' dan AEON Mall Shah Alam(Jusco) yang baru sahaja dibuka pada awal tahun 2016 di seksyen 13) dan ia mempunyai banyak sekolah, kedai, bank, kedai makan, kafe, hotel, pusat perbuatan, klinik, pasar raya besar (terutamanya [[ÆON BiG|AEON Big]] (seksyen 23), ''[[Giant Hypermarket|Giant]]'' dan ''Tesco Extra'')(Seksyen 13) dan kawasan rekreasi. Kebanyakan kawasan komersial yang terang terletak di pusat bandar raya terutamanya (Seksyen 14), Seksyen 13 dan Seksyen 9.
 
Semua jalan utama di Shah Alam termasuklah kota perbandaran baru seperti [[Setia Alam]] dan [[Kota Kemuning]] mempunyai tanda-tanda jalan dalam tulisan [[Rumi]] dan [[tulisan Jawi]].
Baris 89:
 
== Pengangkutan ==
Shah Alam mempunyai sistem jalan raya dan pengangkutan yang terancang dan teratur. Shah Alam dihubungkan dengan lebuhrayalebuh raya-lebuhrayalebuh raya utama di [[Lembah Klang]] seperti Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE), [[Lebuhraya Persekutuan]], Lebuhraya ELITE dan Lebuhraya Shah Alam (KESAS).
 
Shah Alam dihubungkan dengan sistem rel keterapi melalui sistem [[KTM Komuter]]. Terdapat tiga stesen Komuter di Shah Alam, iaitu stesen Batu Tiga, Shah Alam (stesen utama, terletak di Seksyen 19) dan Padang Jawa. Sistem ini menghubungkan Shah Alam dengan hub pengangkutan utama di stesen [[KL Sentral]] di Kuala Lumpur.
 
[[Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur]] (KLIA) terletak 40 &nbsp;km di selatan Shah Alam dan boleh dihubungi dengan melalui Lebuhraya ELITE. Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang juga terletak berdekatan dengan Shah Alam. Pelabuhan utama Malaysia, Pelabuhan Klang juga dihubungkan dengan Shah Alam melalui Lebuhraya Persekutuan dan jalan keretapi.
 
Terdapat banyak perhentian bas dan teksi yang terletak di jalan-jalan utama di bandaraya Shah Alam. Perkhidmatan bas dikendalikan oleh syarikat RapidKL dan beroperasi di kawasan-kawasan di seluruh Lembah Klang. Shah Alam juga mempunyai teksi yang beridentitikan imej bandaraya itu sendiri, iaitu teksi [[Perodua Kenari]] yang berwarna biru. Perhentian bas yang utama ialah di Kompleks PKNS dan di Seksyen 17.
Baris 174:
== Pusat Pendidikan ==
 
[[Universiti Teknologi MARA]] (''UiTM'', dahulunya dikenali sebagai ''Institut Teknologi MARA'' atau ''ITM'' sehingga pada tahun 1996) yang terletak dekat dengan pusat Bandar [[Shah Alam]]. Keseluruhan kawasan universiti merangkumi keseluruhan seksyen yang terletak di barat bukit bandaraya yang dikenali sebagai Seksyen 1. Di Seksyen 17 pula, terdapat satu cawangan kampus UiTM yang dikenali sebagai ''Pusat Pengajian Kebangsaan'' (INTEC), Malaysia, dimana pelajarnya perlu menempuhi program persediaan bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara. INTEC UiTM adalah satu-satu kampus UiTM yang menerima pengambilan pelajar bukan bumiputra.
 
Selain itu, terdapat juga beberapa institusi pengajian tinggi yang lain di Shah Alam termasuklah kampus kota [[Universiti Selangor]] (universiti milik penuh Kerajaan Negeri Selangor) yang terletak di Seksyen 7, [[Universiti Pengurusan dan Sains|Management and Science University]] (MSU), dan kolej kerjasamanya, [[Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan|Kolej PTPL]]. Shah Alam juga mempunyai beberapa pusat pengajian yang berkaitan dengan industri yang dikenali sebagai Politeknik Shah Alam (atau [[Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah]]), CIAST, and ADTEC.
 
Di Shah Alam disediakan pelbagai jenis sekolah rendah dan menengah. Adakalanya, ianya melebihi populasi daripada penduduk setempat. Sebagai contoh, berdasarkan senarai dibawah, di Taman Alam Megah, Taman Bunga Negara and Taman Bukit Saga yang berada di Seksyen 27 dan Seksyen 28, terdapat tiga buah sekolah menengah dan tujuh buah sekolah rendah. Manakala, di Seksyen 16 dan 17, sekolah menengah yang ada hanyalah SMK Seksyen 16. Pada masa kini, Shah Alam sudah mempunyai 19 buah [[sekolah menengah]], 1 buah [[Pendidikan_menengahPendidikan menengah#Sekolah_Menengah_Teknik_Sekolah Menengah Teknik .26_Vokasional26 Vokasional|sekolah teknik]], 1 buah [[Pendidikan_menengahPendidikan menengah#Sekolah_Menengah_Teknik_Sekolah Menengah Teknik .26_Vokasional26 Vokasional|sekolah vokasional]]. Dibawah adalah senarai sekolah-sekolah yang ada di Shah Alam.
 
 
 
==='''Sekolah Menengah'''===
Baris 279 ⟶ 277:
 
== Ekonomi ==
Kilang utama [[Proton (syarikat)| PROTON]], pembuat kereta nasional, terletak di Shah Alam. Banyak syarikat lain, tempatan dan luar negara, yang juga menempatkan kilang utama mereka di kawasan perindustrian Shah Alam. Kewujudan kawasan-kawasan perindustrian di Shah Alam telah memajukan ekonomi bandaraya ini dan menjadikannya sebuah bandaraya perindustrian yang penting di [[Malaysia]]. Antaranya ialah Karangkraf, dan [[Toyota]]. Kilang [[Gardenia]] juga berada di Seksyen 23,Shah Alam. Di Shah Alam ada Butik Ibu dan Bayi yang terkenal iaitu Butik The Baby Store yang terdapat di Seksyen 22.
 
== Lihat juga ==