Mazhab Syafii: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
MrPutra02 (bincang | sumb.)
k Ini bahasa Melayu bukan Bahasa Indonesia
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
CyberTPBOT2 (bincang | sumb.)
k pengemasan, replaced: beda → beza (2) menggunakan AWB
Baris 3:
 
== Sejarah ==
Pemikiran fiqah mazhab ini diawali oleh Imam Syafie, yang hidup di zaman pertentangan antara aliran ahli hadis (cenderung berpegang pada teks hadis) dan ''ahl al-ra'y'' (cenderung berpegang pada akal fikiran atau ''ijtihad''). Beliau belajar dari [[Imam Malik]] sebagai tokoh ahli hadis, dan Imam Muhammad bin Hasan asy-Syaibani sebagai tokoh ''ahl al-ra'y'' yang juga murid [[Imam Abu Hanifah]].
 
Imam Syafie kemudian merumuskan aliran atau mazhabnya sendiri, yang dapat dikatakan berada di antara kedua kelompok tersebut. Imam Syafii menolak ''Istihsan'' dari Imam Abu Hanifah mahupun ''Mashalih Mursalah'' dari Imam Malik. Walau bagaimanapun, Mazhab Syafie menerima penggunaan qiyas secara lebih luas berbanding Imam Malik. Meskipun berbeza dari kedua mazhab tersebut, keunggulan Imam Syafii sebagai ulama [[fiqah]], [[Usul al-Fiqh]], dan [[hadis]] di zamannya membuat mazhabnya memperoleh banyak pengikut dan kealimannya diakui oleh ramai ulama yang hidup sezaman dengannya.
Baris 16:
 
== Qaul Qadim dan Qaul Jadid ==
Imam Syafii pada awalnya pernah tinggal menetap di [[Baghdad]]. Selama ia tinggal di sana, ia mengeluarkan ijtihad-ijtihadnya, yang biasa disebut dengan istilah ''Qaul Qadim'' (pendapat yang lama).
 
Ketika kemudian Imam Syafii pindah ke [[Mesir]] kerena munculnya aliran [[Mu'taziliyah|Mu’tazilah]] yang telah berhasil mempengaruhi kekhalifahan, ia melihat kenyataan dan masalah yang berbedaberbeza dengan yang sebelumnya ditemui di Baghdad. Ia kemudian mengeluarkan ijtihad-ijtihad baru yang berbedaberbeza, atau yang biasa disebut dengan istilah ''Qaul Jadid'' (pendapat yang baru).
 
Imam Syafii berpendapat bahwa qaul jadid tidak berarti menghapus qaul qadim. Jika terdapat kondisi yang cocok baik dengan qaul qadim ataupun dengan qaul jadid, maka dapat digunakan salah satunya. Dengan demikian, kedua qaul tersebut sampai sekarang masih tetap dianggap berlaku oleh para pemegang Mazhab Syafii.
Baris 51:
 
== Peninggalan ==
Imam Syafii terkenal sebagai perumus pertama metodologi hukum Islam. [[Usul al-Fiqh]] (atau metodologi hukum Islam) tidak dikenal pada masa Nabi dan sahabat, melainkan ilmu ini baru lahir setelah Imam Syafii menulis Ar-Risalah. Mazhab Syafii umumnya dianggap sebagai mazhab yang paling konservatif diantara mazhab-mazhab fiqah Sunni lain-lain, di mana berbagai-bagai ilmu keislaman telah berkembang berkat dorongan metodologi hukum Islam dari para penyokong mazhab ini.
 
Kerana metodologi yang sistematik dan tinggi tingkat ketelitian yang dituntut oleh Mazhab Syafii, terdapat banyak ulama dan penguasa di dunia Islam yang menjadi penyokong setia mazhab ini. Di antara mereka bahkan ada pula yang menjadi pakar terhadap keseluruhan mazhab-mazhab [[Ahli Sunah Waljamaah]] di bidang mereka masing-masing. Tambahan lagi, Mazhab Syafii diperkirakan diikuti oleh 28% umat Islam seluruh dunia, dan merupakan mazhab terbesar kedua dalam hal jumlah pengikut setelah [[Mazhab Hanafi]].