Zaman Mesolitik: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 60.54.20.226 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Addbot
Baris 3:
 
== Di Eropah ==
YoKoYoKo
Zaman Mesolitik bermula dengan zaman kehangatan [[Holosen]] sekitar 11,660 tahun dahulu, dan berakhir dengan [[Revolusi Neolitik|kegiatan pertanian terawal]] yang berbeza tarikh permulaannya mengikut rantau geografi. Di sesetengah kawasan, seperti [[Timur Dekat]], pertanian sudah digiatkan menjelang akhir Pleistosen, oleh itu betapa singkatnya dan sukarnya untuk menentukan zaman Mesolitik. Di kawasan yang kekurangan impak glasier, adakalanya lebih baik untuk menggunakan istilah "[[Epipaleolithic]]". Kawasan-kawasan yang mengalami kesan persekitatan yang lebih ketara seperti akhirnya [[zaman glasier terakhir]], mengalami zaman Mesolitik yang lebih ketara selama beribu-ribu tahun. Misalnya, di Eropah Utara, masyarakat boleh hidup dengan bekalan makanan yang mencukupi dari tanah rawang yang terhasil dari iklim yang lebih hangat. Keadaan sebegini turut menimbulkan perilaku manusia tersendiri yang diabadikan dalam bahan catatan, seperti kebudayaan [[Maglemosia]] dan [[Azilian|Azilia]], serta menunda kedatangan zaman Neolitik sehingga selewat-lewat 5000 SM di Eropah Utara.
 
Memandangkan apa yang diistilahkan oleh Mithen sebagai "pakej [[Neolitik]]" (termasuk pertanian, pengembalaan, kapak batu tergilap, rumah panjang buatan balak dan barang tembikar) merebak ke Eropah menerusi laluan-laluan yang masih dipertikai oleh para ilmuwan, cara hidup Mesolitik akhirnya diketepikan, lambat-laun menjadi lesap. Adaptasi zaman Mesolitik dipetik kerana relevan kepada persoalan peralihan kepada pertanian, termasuk sedentisme, jumlah penduduk dan makanan berasaskan tumbuhan.<ref>Europe's first farmers - T.Douglas Price, Cambridge University Press 2000, page 5</ref> Di Eropah, sezaman "Mesolitik seramik" boleh ditentukan pada tahun 5200-3850 SM (tertentukur) di Eropah Selatan hingga Utara; juga dikenali sebagai Subneolithicum atau "Mesolitik, Pemburu Terakhir, Petani Terawal" (Price).<ref>De Roevers, p. 135</ref> Peringkat kebudayaan Mesolitik ini boleh didapati di pinggiran masyarakat sedentari dan kebudayaan Neolitik ([[Kebudayaan tembikar linear|Tembikar Linear]] -dengan [[budaya Rössen]] dan [[budaya Lengyel]] sebagai budaya terbitan terpentingnya- dan [[Tembikar Cardium]]) sehingga sudah melalui "peringkat Neolitik bukan seramik". Ketika ini, kebanyakan orang Mesolitik menggunakan sejenis tembikar berbeza yang dihasilkan dengan kaedah yang tidak diketahui oleh para petani Neolitik. Walaupun lain tempat lain gayanya, namun terdapat ciri-ciri biasa seperti tapak bonjol serta gulungan tanah liat yang bertindih, sebagai tanda wujudnya jalinan erat ataupun hubungan ''"etnik"'' sesama kelompok-kelompok ini. Bentuk tembikar yang istimewa ini ada kaitan dengan pengangkutan bentang balak di kawasan tanah lembap.<ref>De Roevers, p.162-163</ref>. Jeunesse et al. (1991, fig.22) mengaitkan tembikar bertapak bonjol seumpamanya yang ditemui di Sepanyol, Scandinavia selatan dan rantau Dnieper-Donets di Ukraine. Di Afrika Utara juga terjumpanya tembikar bertapak bonjol ala neolitik. [[Budaya Ertebølle]] di Denmark ialah satu contoh kebudayaan Mesolitik yang mengusahakan hasil tembikar dan giat berdagang dengan masyarakat Neolitik di selatan.<ref name="Mithen, 2004">Mithen, 2004</ref>
 
Mithen berkata bahawa kebudayaan Mesolitik sudah menemui jalan mati dalam sejarah, tidak senasib dengan budaya-budaya seawal zaman Paleolitik akhir di Asia Barat yang berevolusi secara berterusan sehingga zaman Neolitik. Pada masa yang sama, kajian genetik menunjukkan bahawa keturunan Eropah moden, khususnya DNA mitokondria nsab ibunya, diturunkan terus dari orang-orang Mesolitik ini yang mungkin akhirnya memeluk gaya hidup Neolitik yang didatangkan dari Asia Barat.<ref name="Mithen, 2004"/>
 
== Dfin ta Théviec - Mużew ta 'Toulouse ==