Oja (penyanyi): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Faezil (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Faezil (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Daninas Huza Daud''' atau nama pentasnya Oja merupakan seorang penyanyi Malaysia yang popular sekitar 1990an. Popular dengan lagu Dasira dan Maafkanku Ibu. Beliau kini merupakan vokalis Tunable Band yang turut dianggotai oleh dua orang bekas anggota kumpulan Spoon, iaitu Boy atau Saifulnizam Mohamed Jelani, 38, (gitaris) dan Mohd Shahnaz Shaharudin, 38, (pemain drum).
 
=== Peribadi ===
Daninas merupakan anak kepada penyanyi 1980an Nas Atea dan anak saudara kepada penyanyi Mastura Ali. Pernah melangsungkan perkahwinan sebanyak tiga kali. Perkahwinan pertama pada tahun 2001 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. Perkahwinan pertama hanya bertahan lima tahun. Perkahwinan kedua pada 2007 dan berakhir pada tahun 2010, dikurniakan seorang anak lelaki. Perkahwinan ketiga pada tahun 2016.<ref>https://iluminasi.com/bm/biodata-penyanyi-oja-peserta-gegar-vaganza-musim-7-2020.html</ref>
 
== Kerjaya ==
'''1989 - 1992'''
 
Memulakan kerjayanya sebagai pelakon kanak-kanak ketika berusia 10 tahun. Drama pertamanya adalah ''Alahai Anak Omak'' pada tahun 1989<ref>https://www.facebook.com/MawiWorld/posts/sebelah-saya-ni-ojayang-bertanggungjawab-uruskan-music-scoring-untuk-filem-ni-ha/339386946900435/</ref>.
 
=== 1994 - 1996 ===
Bekerjasama dengan ibu saudaranya, Mastura Ali menghasilkan dua album, Ceneke (1994) dan Apo Salah Eh (1995)
 
=== 1996 - 2006 ===
Selepas tamat tingkatan 5, Daninas terus aktif sebagai pemuzik. Beliau membuat persembahan di kelab, hotel dan pelbagai acara di seluruh Malaysia dan telah bersama membuat persembahan bersama lebih 50 band muzik<ref>https://www.hmetro.com.my/node/219722</ref>
 
=== 2006 - sekarang ===
Danias mahu mencipta lagu untuk kumpulan Spoon lalu menubuhkan syarikat rakaman Tunable Record Sdn Bhd. Namun pelbagai masalah timbul terutama isu penyanyi menyebabkan Daninas terpaksa menjadi bidan terjun. Susunan muzik asalnya untuk kesesuaian Azlong, adik kepada Along dan susunan tersebut tidak sesuai dengan key suara Daninas menyebabkan nyanyian Daninas kedengaran pelik. Akibatnya Daninas dikritik hebat oleh peminat Spoon. Daninas membuat keputusan untuk keluar daripada Spoon dan menubuhkan kumpulan baru bernama Tunable Band bersama dengan dua bekas anggota kumpulan Spoon, Boy atau Saifulnizam Mohamed Jelani, 37, (gitaris) dan Mohd Shahnaz Shaharudin, 37, (dram). Daninas berpendapat Spoon adalah satu nama besar dan mempunyai peminat yang sangat fanatik.
 
=== Senarai Album ===
 
# Anak Jalanan - 1992
# Cepat-cepat - 1993
# Ceneke {bersama Mastura Ali) - 1994
# Apo Salah Eh {bersama Mastura Ali) - 1995