Perbezaan antara semakan "Wikipedia:Kedai Kopi (dasar)"

Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
*Saya {{vote|support}} berkenaan penggunaan bahasa Melayu baku sebagai piawaian untuk digunakan dalam Wikipedia bahasa Melayu. Saya pikir, elok kita kuatkuasakan piawaian ini bermula hujung bulan ini (sekiranya sebahagian besar pengguna menyokong) bagi memberi ruang dan tempoh kepada pengguna-pengguna lain yang mungkin mempunyai pandangan berbeza akan usul ini kerana impak piawaian ini sangat besar. Saya akan maklumkan di laman-laman media Wikipedia berhubung tempoh usul penyelarasan piawaian ini. Sila nyatakan sama ada anda menyokong atau menentang usul ini bagi mendapat kata putus. Walau bagaimanapun, usul ini tidak bersifat fana dan mungkin berubah mengikut kesesuaian yang memerlukan sepersetujuan komuniti. -<small><span style="border:1px solid black;padding:1px;">[[User: CyberTroopers|<span style="color:#FC0;background:black;font-family:sans-serif;">''' CyberTroopers '''</span>]]</span></small><sup> [[User talk: CyberTroopers|bincang]]</sup>/<sub>[[Special:Contributions/CyberTroopers|sumbangan]]</sub> 09:02, 19 Oktober 2020 (UTC)
*{{vote|support}} Segalanya telah diterangkan dengan baik oleh {{user|Tofeiku}} dan {{user|CyberTroopers}} berkenaan penetapan ini. Jadi saya bersetuju dengan hanya menetapkan Bahasa Melayu kepada 3 negara utama '''Malaysia''', '''Singapura''' dan '''Brunei'''. Bukannya kami tak pandang komuniti kecil Bahasa Melayu seperti dialek, serumpun (Melayu-Indonesia, Melayu-Pattani), beka, aksen (Melayu-Inggeris) dan naku (Melayu-Tamil), semua perkataan dalam bahasa tersebut boleh digunakan tetapi ada hadnya. Salah satunya seperti yang sudah dinyatakan banyak kali, Indonesia sudah ada wiki tersendiri dan terpisah dari komuniti '''ms''' ini. Sperti yang dikatakan oleh CyberTroopers, usul boleh berubah tetapi semua itu atas '''sepersetujuan komuniti'''. Maaf jika ada pihak yang tidak berpuas hati, tetapi pengharmonian dalam komuniti ini perlu diterapkan secara mendalam. <span style="padding-left:4px; padding-right:4px; background-color:blue; border:2px outset red;{{border-radius|1em 0em 1em 1em}}; padding-top:-3px; font-size:16px; font-family: impact;">[[Pengguna:SNN95|{{color|white|SNN95}}]] [[Perbincangan Pengguna:SNN95|{{color|white|<small>''Talk to me, beybeh!''</small>}}]]</span> 15:45, 19 Oktober 2020 (UTC)
*{{vote|support}} - Perkara ini telah dibincang panjang, maka saya rasa saya tidak perlu mengulas dengan lebih lanjut. Namun, saya mahu menekankan bahawa sebagai Wikipedia Bahasa Melayu, kita haruslah mengikut piawaian Bahasa Melayu, iaitu apa yang telah ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Keutamaan harus diberi kepada Malaysia, dan seterusnya Brunei dan Singapura jika istilah tersebut tidak wujud dalam Kamus Dewan. Hanya jika istilah itu tidak wujud dalam ketiga-tiga kamus ini, maka barulah kita rujuk kepada dialek-dialek lain seperti Melayu Indonesia, Melayu Pattani, dan termasuklah dialek dalam negara seperti Kedah, Kelantan, Terengganu, dan sebagainya. Bagaimana kita hendak memelihara bahasa kita jika kita tidak memperkasakannya? Bahasa Indonesia sudah ada kamus mereka sendiri serta Wikipedia mereka sendiri, kita juga ada kamus kita sendiri dan juga Wikipedia kita sendiri. Apakah gunanya penciptaan Wikipedia Bahasa Melayu jika akhirnya kita menggunakan bahasa asing, walaupun serumpun? Ia ibarat mengunakan bahasa Inggeris atau bahasa Arab di dalam Wikipedia Bahasa Melayu. Benar, ada sesetengah istilah seperti Alkamar (Bulan, bahasa Arab) yang wujud di dalam Kamus Dewan. Benar, ada juga istilah seperti Federesyen (persekutuan, bahasa Inggeris) yang digunakan dalam penulisan bahasa Melayu. Namun kita juga mempunyai istilah kita sendiri yang kita mengguna pakai seperti Bulan dan Persekutuan. Pada saya, ia sudah jelas apabila kita menyebut Bahasa Melayu, maka Dewan Bahasa dan Pustakalah yang menjadi rujukan kita, dan sudah jelas bahawa Bahasa Melayu Malaysialah yang dimaksudkan. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Oleh itu saya sekali lagi mengulangi bahawa saya setuju dengan penggunaan Bahasa Melayu Malaysia sebagai piawaian bagi Wikipedia Bahasa Melayu, dan keutamaan turut diberi kepada negara-negara Brunei dan Singapura. <span style="border-left:5px solid #900000;padding:5px;background:linear-gradient(white 0%,#eeeeee 100%);font-variant:small-caps;box-shadow:0 0 0.3rem #999">'''[[User:EmpAhmadK|<font style="color:black">EmpAhmadK</font>]]''' - ([[User_talk:EmpAhmadK|<font style="color:black;">talk</font>]])</span> 22:50, 19 Oktober 2020 (UTC)
326

suntingan