Perbezaan antara semakan "Wikipedia:Kedai Kopi (dasar)"

*{{vote|support}} - Perkara ini telah dibincang panjang, maka saya rasa saya tidak perlu mengulas dengan lebih lanjut. Namun, saya mahu menekankan bahawa sebagai Wikipedia Bahasa Melayu, kita haruslah mengikut piawaian Bahasa Melayu, iaitu apa yang telah ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Keutamaan harus diberi kepada Malaysia, dan seterusnya Brunei dan Singapura jika istilah tersebut tidak wujud dalam Kamus Dewan. Hanya jika istilah itu tidak wujud dalam ketiga-tiga kamus ini, maka barulah kita rujuk kepada dialek-dialek lain seperti Melayu Indonesia, Melayu Pattani, dan termasuklah dialek dalam negara seperti Kedah, Kelantan, Terengganu, dan sebagainya. Bagaimana kita hendak memelihara bahasa kita jika kita tidak memperkasakannya? Bahasa Indonesia sudah ada kamus mereka sendiri serta Wikipedia mereka sendiri, kita juga ada kamus kita sendiri dan juga Wikipedia kita sendiri. Apakah gunanya penciptaan Wikipedia Bahasa Melayu jika akhirnya kita menggunakan bahasa asing, walaupun serumpun? Ia ibarat mengunakan bahasa Inggeris atau bahasa Arab di dalam Wikipedia Bahasa Melayu. Benar, ada sesetengah istilah seperti Alkamar (Bulan, bahasa Arab) yang wujud di dalam Kamus Dewan. Benar, ada juga istilah seperti Federesyen (persekutuan, bahasa Inggeris) yang digunakan dalam penulisan bahasa Melayu. Namun kita juga mempunyai istilah kita sendiri yang kita mengguna pakai seperti Bulan dan Persekutuan. Pada saya, ia sudah jelas apabila kita menyebut Bahasa Melayu, maka Dewan Bahasa dan Pustakalah yang menjadi rujukan kita, dan sudah jelas bahawa Bahasa Melayu Malaysialah yang dimaksudkan. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Oleh itu saya sekali lagi mengulangi bahawa saya setuju dengan penggunaan Bahasa Melayu Malaysia sebagai piawaian bagi Wikipedia Bahasa Melayu, dan keutamaan turut diberi kepada negara-negara Brunei dan Singapura. <span style="border-left:5px solid #900000;padding:5px;background:linear-gradient(white 0%,#eeeeee 100%);font-variant:small-caps;box-shadow:0 0 0.3rem #999">'''[[User:EmpAhmadK|<font style="color:black">EmpAhmadK</font>]]''' - ([[User_talk:EmpAhmadK|<font style="color:black;">talk</font>]])</span> 22:50, 19 Oktober 2020 (UTC)
*Saya juga {{vote|support}} berkenaan penggunaan bahasa Melayu baku sebagai piawaian untuk digunakan dalam Wikipedia bahasa Melayu. Sama-sama kita memperbaiki mutu suntingan kita. Mohon teguran juga daripada semua. [[Pengguna:Zahirulnukman|Zahirulnukman]] ([[Perbincangan pengguna:Zahirulnukman|bincang]]) 23:28, 19 Oktober 2020 (UTC)
*Saya juga {{vote|support}} dengan dasar baru ms.wiki berkenaan penggunaan Bahasa Melayu baku sebagai piawaian dalam ms.wiki. Saya turut bersetuju dengan {{user|Zahirulnukman}}.–[[Pengguna:Fandi89|Fandi89]] ([[Perbincangan pengguna:Fandi89|bincang]]) 04:59, 20 Oktober 2020 (UTC)
*{{vote|support}} - Setahu saya bukankah kita semua telah berbincang dengan lanjut mengenai Wikipedia Bahasa Melayu (ms wiki) ini menggunakan '''Bahasa Melayu Piawai''' yang ditetapkan secara rasmi oleh badan bahasa di '''Malaysia, Singapura dan Brunei''' ('''terutamanya Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia''')? Pada waktu sama bukankah sepatutnya Wikipedia Bahasa Melayu ini '''mengutamakan kosa kata sedia ada dalam Bahasa Melayu''' berbanding perkataan serapan berlebihan terutamanya dari Bahasa Inggeris (contohnya "kumpulan" bukannya "grup", "pengenalan" bukannya "introduksi" dan lain-lain)? Minta maaf jika ada pihak yang tersinggung tetapi sememangnya perkara ini telah pun dimaklumkan dalam [[Wikipedia:Gunakan bahasa Melayu piawai]] sejak awal-awal lagi. Semoga kita semua cakna akan perkara ini dan tidak ada perkara yang sama berulang lagi di masa akan datang --[[Pengguna:Hakimi97|Hakimi97]] ([[Perbincangan pengguna:Hakimi97|bincang]]) 05:17, 20 Oktober 2020 (UTC)
:: Oh ya sebelum saya lupa, saya berpendapat bahawa adalah lebih bagus sekiranya kita mewujudkan '''senarai/jadual istilah transliterasi yang tidak digalakkan penggunaannya''' dalam rencana panduan [[Wikipedia:Gunakan bahasa Melayu piawai]]. Hal ini mungkin boleh membimbing para Wikipediawan untuk lebih berhati-hati dalam memilih perkataan apabila hendak mengarang rencana Wikipedia? --[[Pengguna:Hakimi97|Hakimi97]] ([[Perbincangan pengguna:Hakimi97|bincang]]) 08:23, 20 Oktober 2020 (UTC)