Perbezaan antara semakan "Que Haidar"

56 bait dibuang ,  1 bulan lalu
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
 
==Kerjaya==
Penampilan pertamanya di kaca TV adalah menerusi drama ''[[Toll Gate Girl]]'' arahan [[Osman Ali]] dan diterbitkan oleh [[Tiara Jacquelina]] pada tahun 2001 ketika berusia 23 tahun bersama aktres [[Amy Mastura]] dan [[Rita Rudaini]]. Filem pertama lakonan beliau berjudul ''[[Haru Biru]]'' arahan [[Shadan Hashim]] pada tahun 2004 namun hanya pada tahun 2007 filem itu ditayangkan. {{Fakta}}
 
Debut beliau di layar perak adalah menerusi filem ''[[KL Menjerit 1]]'' pada tahun 2005 yang terus meledakkan nama beliau sebaris dengan aktor-aktor seangkatan seperti [[Farid Kamil]], [[Fahrin Ahmad]], [[Pierre Andre]], [[Jehan Miskin]] dan [[Bront Palarae]]. Filem-filem popular beliau ialah ''[[Zombie Kampung Pisang]]'', ''[[Castello]]'', ''[[Cinta]]'', ''[[Setem (filem)|Setem]]'' dan banyak lagi. Populariti Que di layar lebar dibuktikan dengan kemenangan dua tahun berturut di [[Anugerah Bintang Popular Berita Harian]] untuk kategori [[Pelakon Filem Lelaki Popular (ABPBH)]] pada tahun 2008 dan 2009. Que juga pernah memenangi 2 buah trofi kategori lakonan terbaik di Anugerah Skrin TV3 menerusi dua buah drama TV lakonannya ''[[Tuhan Pun Tahu]]'' (2007) dan ''[[Terlerai Takbir Kasih]]'' (2009). Di [[Festival Filem Malaysia]] beliau pernah dianugerahkan Pelakon Harapan Lelaki menerusi filem ''[[Castello]]'' serta 2 kali dicalonkan untuk kategori [[Pelakon Lelaki Terbaik (FFM)]] pada tahun 2006 dan 2009.{{Fakta}}
 
Que membuat keputusan untuk bersara daripada bidang lakonan secara mengejut pada tahun 2010 setelah berkahwin dengan koreografer Linda Jasmine.<ref>[http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2009/02/16/lindaque-idam-ramai-anak/ Linda-Que idam ramai anak]</ref> Biarpun terpaksa mengecewakan peminat-peminat dan pengkarya filem, Que nekad untuk beralih arah ke bidang perniagaan dan kini masih aktif mengajar kelas lakonan setelah bergelar pensyarah di Kolej Sunway. Pada tahun 2012, beliau mengumumkan hanya akan mengambil tawaran lakonan yang bersesuaian dengan kehendaknya. Sejak itu beliau tidak muncul di layar lebar/kaca TV sekerap dulu tetapi setiap karyanya mutakhir ini mendapat perhatian yang baik antaranya filem pecah panggung ''[[Lagenda Budak Setan (filem)|Lagenda Budak Setan]]'', ''[[Rock Oo!]]'' (2013) dan drama televisyen [[Seligar dan Malaikat Yang Tersembunyi|''Seligar'' dan ''Malaikat Yang Tersembunyi'']]. Pada tahun 2013, beliau dilantik menjadi salah seorang tenaga pengajar di [[Akademi Fantasia]] musim ke-10. {{Fakta}}
 
Selain berlakon, ketika awal kemunculan beliau pernah menganggotai kumpulan pop [[Sho-gun]] tetapi mereka tidak sempat merakamkan album penuh. Bakat nyanyiannya boleh dilihat menerusi filem ''[[Rock (filem)|Rock]]'' dan ''Rock Oo!'' apabila diberi peranan sebagai penyanyi.{{Fakta}}
 
==Kontroversi==