Din Beramboi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
→‎Pautan luar: Baiki ejaan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 54:
Kelarisan watak kartun Din Beramboi sebagai maskot Ujang menemui penghujungnya, setelah Meor Ahmad Fuad tampil untuk mendakwa pihak penerbitan Ujang kerana [[Cetak rompak|menciplak]] watak Din Beramboi sehingga terheret ke mahkamah. Setelah kontroversi hak milik ini digembar-gemburkan di khalayak awam, pertikaian berakhir dengan Ujang menarik diri daripada perebutan watak Din Beramboi lalu memberhentikan segala penglibatan watak tersebut dalam segala bahan penerbitan syarikatnya.<ref name=jenin/>
 
Nota Kaki;-
 
Ramai yang menyangka Din Beramboi (Mior Ahmad Fuad) dan maskot Din Beramboi yang di popularkan majalah Ujang adalah 'orang' yang sama. Tapi hakikatnya Mior Ahmad Fuad tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Majalah Ujang yang pada masa itu di bawah pengurusan Kharisma Publication. Dan Mior Ahmad Fuad tidak pernah terlibat dalam bembikinan kaset "Din Beramboi Radio 9: Pujaan Sirap" dan "Din Beramboi Live in Seremban". Dan untuk pengetahuan, Mior Ahmad Fuad bukanlah Din Beramboi yang memberikan inspirasi serta idea kepada kartunis Ujang untuk mencipta satu karakter di dalam majalah Gila-Gila dan seterusnya menjadi maskot majalah Ujang. Sesiapa (terutama pelajar IPT hujung dekad 80an) yang pernah mendengar kaset Din Beramboi hujung 80an dulu pasti telah sedia maklum bahawa suara pak cik Din Beramboi yang popular dengan 'tagline' "Pak cik kayo" di dalam kaset tersebut bukanlah suara milik Mior Ahmad Fuad. Itulah Din Beramboi "Pak cik kayo" yang telah memberi inspirasi kepada kartunis Ujang. Bukannya Din Beramboi watak bawaan Mior Ahmad Fuad seperti yang Allahyarham dan kebanyakkan orang gembar-gemburkan. Tahniah kepada kartunis Ujang kerana tidak terikut-ikut ragam kapitalis dan perangai manusia yang sibuk mengejar nama dan kekayaan.
Untuk rujukan sila ke,
https://t.me/SERIGALA_di_TanahBERBUDI/1295