Begol: Perbezaan antara semakan

sejenis alat muzik bras
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Asas rencana
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 00:56, 26 Oktober 2020

Begol[1] atau bugel (bugle, serapan bahasa Latin buculus "lembu dikembiri")[2] adalah suatu alat muzik diperbuat daripada loyang mudah. Ia tidak mempunyai injap atau ciri lain yang mampu mengubah nada ditiup melainkan melalui pergerakan mulut peniup.

Bug tentera di B-flat

Alat ini mula dikembangkan daripada tanduk haiwan buruan[3] untuk tujuan komunikasi sesama pemburu mahupun untuk memberitahukan ketibaan seseorang yang bertunggangan dari jauh. Ia kemudiannya dikhususkan dalam bidang ketenteraan untuk mengisyaratkan askar-askar baik yang berkuda atau berbarisan kepada tindakan yang diarahkan dari pemimpin pasukan.

Begol turut digunapakai dalam kalangan orang pandu atau pengakap untuk menandakan waktu tertentu semasa berkegiatan luar seperti berkhemah.

Rujukan

  1. ^ Shellabear, William G. (1916). "bugle". An English-Malay dictionary. Singapura: The Methodist Publishing House. m/s. 67.
  2. ^ "bugle – Definitions from Dictionary.com". dictionary.reference.com. Dicapai pada 3 May 2008.
  3. ^ "History of the Bugle Horn". www.army.mod.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 October 2007. Dicapai pada 3 May 2008.

Bibliografi