Perdagangan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 89 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q601401
Chongkian (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Fail:Commerce-alimentation-generale-paris.jpg|thumb|250px|Gerai buah-buahan.]]
 
'''Perdagangan''' atau '''dagang''' ialah penukaran barang-barang, perkhidmatan-[[perkhidmatan]], atau kedua-dua ini secara sukarela. Mekanisme yang membenarkan perdagangan dipanggil [[pasaran]]. Bentuk perdagangan yang asal ialah [[barter]], iaitu penukaran barang dan perkhidmatan secara langsung. Secara amnya, pedagang-pedagang moden berunding melalui media pertukaran seperti [[wang]]. Oleh itu, '''pembelian''' boleh diasingkan daripada '''penjualan''', atau [[pendapatan]]. Rekaan wang (dan kemudiannya kredit, wang kertas, dan wang bukan fizikal) amat memudahkan dan mempromosikan perdagangan. Perdagangan antara dua orang pedagang dipanggil 'perdagangan dua hala', manakala perdagangan antara melebihi dua orang pedagang digelarkan 'perdagangan berbilang hala'.