Sejarah Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Shahsukanulis (bincang | sumb.)
k Meringkaskan penggunaan bahasa.
Shahsukanulis (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 8:
Pencerobohan [[Empayar Jepun|Jepun]] ketika [[Perang Dunia Kedua]] mengakhiri penguasaan British di Tanah Melayu setelah pentadbiran British di Singapura menyerah kalah secara rasmi terhadap Jepun. [[Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak]] dari tahun 1942 hingga 1945 meningkatkan semangat [[nasionalisme]] dalam kalangan penduduk tempatan (walaupun nasionalisme penduduk tempatan telah wujud sebelum Perang Dunia Kedua lagi ketika penjajahan British tetapi kebanyakannya digagalkan). Setelah Jepun berundur dari Tanah Melayu selepas dikalahkan oleh pihak [[Pihak Berikat]], [[Malayan Union]] ditubuhkan pada tahun 1946 oleh pentadbiran British tetapi ekoran daripada penentangan oleh orang Melayu, penubuhan itu disusun semula sebagai [[Persekutuan Tanah Melayu]] pada tahun 1948 sebagai sebuah [[Negeri naungan|protektorat]] hingga tahun 1957. Di Semenanjung Tanah Melayu, [[Parti Komunis Malaya]] melancarkan pemberontakan bersenjata untuk menentang British dan ketegangan ini menyebabkan pengisytiharan [[Darurat Tanah Melayu|darurat]] selama 12 tahun dari 1948 hingga 1960. Tindak balas ketenteraan yang serius terhadap pemberontakan ini serta [[Rundingan Damai Baling 1955|Rundingan Baling]] yang dilaksanakan pada 1955 membawa kepada [[Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu|kemerdekaan di Tanah Melayu]] yang dicapai secara diplomatik pada 31 Ogos 1957 melalui rundingan dengan British. [[Tunku Abdul Rahman]] telah menyandang jawatan sebagai [[Perdana Menteri Malaysia]] yang pertama. Pada tahun 1960, darurat ditamatkan setelah ancaman [[komunis]] semakin berkurangan dan pengunduran mereka ke sempadan di antara Tanah Melayu dengan [[Thailand]]. Pada 16 September 1963, [[Malaysia|Persekutuan Malaysia]] ditubuhkan berikutan penggabungan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak. Kira-kira dua tahun kemudian, [[parlimen Malaysia]] meluluskan rang undang-undang tanpa persetujuan penandatangan [[Perjanjian Malaysia|Perjanjian Malaysia 1963]] untuk memisahkan Singapura dari Persekutuan Tanah Melayu. [[Konfrontasi Indonesia-Malaysia|Konfrontasi dengan Indonesia]] turut berlaku pada awal 1960-an berikutan pembetukan Malaysia. Rusuhan kaum pada tahun 1969 iaitu [[Peristiwa 13 Mei]] membawa kepada pelaksanaan darurat, penggantungan parlimen, penubuhan [[Majlis Gerakan Negara]] (MAGERAN) serta pembentukan [[Rukun Negara]] oleh MAGERAN pada tahun 1970 yang menjadi ideologi kebangsaan bagi mendorong perpaduan dalam kalangan rakyat. [[Dasar Ekonomi Baru]] juga telah diperkenalkan pada tahun 1971 yang digunakan hingga tahun 1991 bagi membasmi kemiskinan serta menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Dasar tersebut disambung dengan [[Dasar Pembangunan Nasional]] dari tahun 1991 hingga 2000.
 
Sejak tahun 1970, gabungan [[Barisan Nasional]] yang diketuai oleh [[Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu]] (UMNO) telah memerintah Malaysia hinggalah dikalahkan oleh gabungan [[Pakatan Harapan]] yang diketuai oleh bekas pemimpin UMNO, [[Mahathir bin Mohamad|Mahathir Mohamad]] dalam [[Pilihan raya umum Malaysia 2018|pilihan raya umum Malaysia]] pada 9 Mei 2018. Pada akhir tahun [[2018 di Malaysia|2018]], terdapat penentangan besar-besaran terhadap rancangan kerajaan untuk mengesahkan [[Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum|ICERD]] di Malaysia terutamanya daripada kalangan orang Melayu dan juga [[Bumiputera]] lain termasukkerana dari Sabah dan Sarawak keranamereka menegaskan bahawa pengesahan tersebut melanggar [[Perlembagaan Malaysia|perlembagaan negara]] dan keadaan ini menyebabkan pembatalan pengesahan itu sendiri. Pada bulan Februari [[2020 di Malaysia|2020]], [[Kemelut politik Malaysia 2020|krisis politik di Malaysia]] baru-baru ini bermula apabila gabungan Pakatan Harapan jatuh ketika anggota parti [[Parti Pribumi Bersatu Malaysia|BERSATU]], [[Barisan Nasional|BN]], [[Parti Islam Se-Malaysia|PAS]], [[Gabungan Parti Sarawak|GPS]], dan [[Gabungan Bersatu Sabah|GBS]] bersama-sama membentuk kerajaan di bawah nama [[Perikatan Nasional]] yang dipimpin oleh pemimpin BERSATU iaitu [[Muhyiddin Yassin]].
 
== Sejarah awal سجاره اول ==